Harian Metro

Iringan doa buat Habib

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

„ Budak hidap sakit hati kronik berlepas ke China

“Saya mohon rakyat Malaysia doakanlah yang terbaik buat Habib agar dia kuat untuk menjalani pembedahan.

“Sebagai ibu, saya sudah tidak ada daya upaya, melainkan berdoa supaya dia kembali sihat seperti biasa dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain,” kata Azlina Ahmad.

Ibu kepada Muhammad Habib Rayyan Rosli, 5, yang menghidap penyakit kegagalan hati kronik atau Biliary Atreasia berkata, dia mengharapk­an berkat doa orang ramai agar pembedahan yang akan dijalankan nanti berjalan lancar.

Pagi semalam, dia bersama suami, Rosli Mohd Noh dan anaknya itu berlepas ke Shanghai untuk menjalani rawatan susulan dan pembedahan ekoran kesihatan Habib yang semakin menurun.

Katanya, keluargany­a itu dibantu wakil rakyat yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Sains Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah Datuk Norsabrina Mohd Noor serta Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia (Nadi Permata), membolehka­n hasrat rawatan menjadi kenyataan.

“Saya sebenarnya tidak sangka doa untuk membawa Habib mendapatka­n rawatan pakar menjadi kenyataan. Sejak tiga tahun lalu, Datuk Sabrina (Norsabrina) bantu keluarga saya berdepan pelbagai masalah.

“Baru-baru ini pertubuhan kebajikan juga bantu selain Kelab Kebajikan dan Sukarelawa­n Sosial (KELSS) juga mengusahak­an kutipan dana. Saya ucapkan terima kasih kepada semua,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut hadir, Norsabrina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu dan Presiden Nadi Permata Marsilayuh­aini Baharuddin.

Azlina berkata, anaknya itu akan mendapatka­n rawatan di Hospital Universiti Renji Shanghai selama dua bulan, bergantung kepada tahap kesihatann­ya.

“Sebelum ini dia dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak beberapa bulan lalu dan doktor mengesyork­an kami segera membawanya ke sana.

“Beberapa minggu lalu dia mengalami pendarahan hidung menyebabka­n kami bimbang sesuatu berlaku kepadanya. Namun hari ini kami ke Shanghai dan ia fasa penting bagi Habib,” katanya.

Harian Metro 14 April 2014 melaporkan, Azlina sanggup berkorban dengan mendermaka­n hatinya kepada Habib jika ia sesuai memandangk­an penyakit anaknya tahap kronik.

Azlina berkata, kelmarin, dia juga sempat mengunjung­i keluarga Raef Uqael yang meninggal dunia Julai 2015 lalu selepas lebih tiga tahun menderita penyakit sama, untuk berkongsi perasaan.

Penderitaa­n Habib mendapat perhatian Norsabrina yang melancarka­n tabung bantuan bagi membantu Azlina Rosli membiayai perubatan Habib.

Sementara itu Norsabrina berkata, dia sudah menghubung­i Pengarah Tourism Malaysia di Shanghai untuk membantu keluarga itu sepanjang berada di sana.

“Kita juga usahakan bentuk bantuan lain yang dirasakan perlu memandangk­an mereka berada di sana untuk tempoh yang lama.

“Saya juga berterima kasih kepada Nadi Permata yang sama-sama membantu untuk merealisas­ikan harapan keluarga membawa Habib mendapatka­n rawatan. Difahamkan, kos pembedahan berjumlah RM160,000 dan kutipan sedang berjalan. Kita doakan yang terbaik buat adik Habib,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurk­an bantuan boleh berbuat demikian melalui akaun semasa Maybank 5582115122­60 atas nama Azlina Ahmad atau layari Facebook Nadi Permata Malaysia.

 ??  ?? NORSABRINA (tiga dari kanan) bersama keluarga Muhammad Habib Rayyan di KLIA, pagi semalam.
NORSABRINA (tiga dari kanan) bersama keluarga Muhammad Habib Rayyan di KLIA, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia