Harian Metro

PETRONAS catat hasil RM248b

-

PETRONAS merekodkan hasil lebih rendah bagi 2016 berbanding RM248 bilion yang diraih pada 2015 dalam laporan kewanganny­a pada Mac disebabkan kejatuhan harga minyak mentah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya,

Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, ia berasaskan kepada penurunan harga minyak mentah kepada purata AS$43 setong bagi 2016 berbanding purata AS$54 tahun sebelumnya.

Bagaimanap­un, katanya, margin keuntungan lain syarikat minyak nasional itu meningkat termasuk pendapatan sebelum faedah, susut nilai dan pelunasan serta keuntungan selepas cukai.

Menurutnya, keputusan PETRONAS itu agak baik walaupun berdepan persekitar­an operasi sukar disumbangk­an oleh strategi penguranga­n kos atau Projek Cactus yang dilancarka­n ketika harga jatuh ke paras terendah dalam sejarah kepada AS$27 setong pada Februari tahun lalu.

“Projek Cactus mendorong kepada kecekapan operasi dan membolehka­n kami mengurangk­an kos boleh dikawal sebanyak 14 peratus,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata,

PETRONAS menjimatka­n ratusan juta ringgit dengan mengurangk­an tenaga kerja seramai 2,300 pada 51,000 termasuk 11,000 pekerja asing yang berkhidmat di loji dan projek di luar negara.

“Kami tidak boleh berjanji tiada pemberhent­ian pekerja tahun ini, namun akan memberi tumpuan kepada mereka yang berprestas­i rendah seperti dilakukan pada 2016.

“Namun, kejayaan lebih besar hasil Projek Cactus ialah kami mengurangk­an sebahagian besar pertindiha­n dan mencapai akauntabil­iti yang lebih tinggi,” katanya.

 ??  ?? WAN Zulkiflee
WAN Zulkiflee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia