Harian Metro

Enggan komen

- AFP

„ Mourinho tak jamin masa depan Rooney di Old Trafford

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho enggan bercakap banyak mengenai masa depan Wayne Rooney di kelab itu apabila beliau mengesahka­n pemain itu masih belum cergas sepenuhnya untuk turun bagi pertembung­an Liga Europa menentang Saint-Etienne.

Khabar angin bertiup kencang Rooney, yang tidak lagi menjadi tunjang utama skuad Mourinho, mungkin akhirnya akan meninggalk­an kelab itu untuk ke kelab

(gambar)

kaya-raya Liga Super China.

“Anda perlu bertanya kepadanya,” ujar Mourinho kelmarin apabila ditanya peluang pemain berusia 31 tahun itu mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukan United, Carlos Tevez berpindah ke negara itu sebelum jendela perpindaha­n ditutup minggu depan.

“Sudah tentu saya tidak boleh memberi jaminan (dia kekal di sini). Saya tak boleh jamin saya akan berada di sini minggu depan, bagaimana saya boleh memberi jaminan seorang pemain akan berada di sini musim depan?”

Mourinho bagaimanap­un menegaskan beliau mahu Rooney kekal dan berkata: “Saya tidak akan paksa atau cuba untuk memaksa seorang legenda kelab ini berpindah ke satu destinasi lain.”

Rooney berlatih dengan rakan sepasukann­ya di Manchester pagi kelmarin namun tidak berada dalam skuad 20 pemain yang berlepas ke Perancis bagi aksi perlawanan kedua, pusingan 32 terakhir, awal pagi tadi.

Ditanya jika dia akan cergas bagi perlawanan akhir Piala Liga Inggeris menentang Southampto­n Ahad ini, Mourinho tidak mahu memberikan jaminan.

“Saya tak tahu. Pagi ini kali pertama dia berlatih malah tidak berlatih 100 peratus bersama skuad,” jelas bos dari Portugal itu.

“Dia cedera, saya tak boleh melakukan keajaiban ke tahap itu,” ujarnya.

“Rooney cedera, dia sudah cedera dua atau tiga minggu.

“Apabila anda tidak mempunyai seorang pemain, anda mempunyai pemain lain. Pasukan ini bagus ketika ini. Dalam beberapa bulan terakhir kami hanya kalah satu perlawanan.”

 ??  ?? MOURINHO (tengah) tak mahu ulas situasi Ro o n ey .
MOURINHO (tengah) tak mahu ulas situasi Ro o n ey .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia