Harian Metro

‘Kenyataan Datuk Yusoff first class’

-

Kuala Lumpur: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan tidak akan wujud sikap berpuak-puak dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) andai beliau dipilih presiden baru di Kongres ke-53 pada 25 Mac depan.

Bagaimanap­un pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (Johor DT) itu menyokong kenyataan calon timbalan presiden Datuk Wira Yusoff Mahadi yang rela tewas andai perwakilan memilih Tan Sri Annuar Musa sebagai Presiden FAM.

“Apa yang Datuk Yusoff katakan itu ‘first class’ (kelas pertama). Apa yang beliau maksudkan bukan tak nak bekerja (dengan Annuar) mungkin cara kerja itu. Di FAM tak ada puak tapi boleh ke sesetengah individu bekerjasam­a?

“Datuk Yusoff tak salah, mungkin beliau tahu potensi saya. Lihat saja di Johor, saya tidak memerlukan empat tahun untuk melakukan pembaharua­n.

“Saya kalau bekerja memang cepat, cuma takut mereka tak boleh ikut momentum saya,” katanya pada sesi pertemuan selama dua jam dengan penyokong bola sepak tanah air semalam.

Saingan pada pemilihan bagi penggal 2017-2021 bulan depan semakin hangat selepas Yusoff membuat kenyataan berani meminta perwakilan tidak menyokongn­ya jika memilih Annuar sebagai presiden.

Dalam kenyataan dilaporkan Arena Metro itu, Yusoff berkata beliau bimbang akan berlaku konflik jika perwakilan tidak memilih gandingan betul bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bagaimanap­un Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Annuar membidas kenyataan Yusoff itu dengan menegaskan beliau boleh bekerja dengan siapa saja yang dipilih perwakilan dan menolak sikap berpuak-puak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia