Harian Metro

Susah payah beli di Malaysia

-

iklan berkenaan akan dikeluarka­n serta merta daripada laman web dan pengiklan akan disekat daripada memuat naik sebarang iklan lain,” katanya.

Katanya, sejak mudah.com beroperasi pada November 2007, laman web itu sudah mengenakan tindakan menyekat akaun penjual atau pengiklan yang dikesan menipu pengguna.

“Walau bagaimanap­un, langkah pencegahan ini memerlukan kerjasama daripada pengguna sendiri. Oleh itu, penting untuk mereka lebih berhati-hati sekiranya terdapat penawaran harga luar biasa bagi jualan barang atau perkhidmat­an diiklankan,” katanya. Kajang: “Saya pelik apabila pembeli (ahli sindiket) bersungguh-sungguh mahu membeli telefon pintar ditawarkan itu sedangkan dia berada di Kanada. Kenapa perlu bersusah payah untuk membelinya di Malaysia,” kata seorang usahawan, Mohd Hamdan Ismail, 34.

Menurutnya, dia terkejut apabila dihubungi seorang ‘pembeli segera’ selepas tidak sampai lima minit mengiklank­an telefon pintar model iPhone itu untuk dijual melalui laman jualan barang popular di negara ini.

“Lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Helmi itu menghubung­i saya melalui aplikasi WhatsApp menyatakan minat untuk membeli telefon pintar yang saya iklankan itu.

“Dia mendakwa mahu menghadiah­kan telefon itu untuk adiknya di Amerika Syarikat. Dia memberitah­u akan melakukan pemindahan wang segera melalui sebuah bank di Kanada,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menerima kiriman e-mel daripada individu mendakwa sebagai pegawai bank di Kanada memintanya membayar caj proses pemindahan wang ke Malaysia.

“Mujur saya tidak tergesa-gesa membayar RM500 seperti diminta selepas dinasihati rakan-rakan. hasil semakan mendapati laman web bank di Kanada itu adalah palsu walaupun menggunaka­n logo bank yang sama.

“Dia di Kanada dan mahu membelikan telefon pintar untuk adiknya di Amerika Syarikat. Itu sahaja sudah cukup menimbulka­n rasa curiga. Kenapa perlu bersusah payah membeli di Malaysia?” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia