Harian Metro

Hadiah Birman buat ibu

-

Kuala Lumpur: “Saya kerugian RM700 selepas ditipu sindiket yang kononnya berminat mahu membeli kucing saya spesies Birman. Lelaki (penjenayah) mendakwa mahu menghadiah­kan kucing itu kepada ibunya,” ujar seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Zabedah, 45.

Menurutnya, dia sebelum ini mengiklank­an kucing itu untuk dijual melalui laman web jual beli atas talian pada Disember lalu selepas mendapati jumlah anak kucing dimiliki semakin meningkat melebihi 10 ekor.

“Saya mengiklank­an kucing jantan itu untuk dijual pada harga RM2,000 sebelum seorang lelaki

menghantar emel dan menyatakan hasrat mahu membeli kucing itu.

“Lelaki itu mendakwa bekerja di sebuah syarikat di Kanada dan akan membuat bayaran melalui pemindahan wang ke akaun bank saya,” katanya.

Menurutnya, mereka hanya berurusan melalui WhatsApp selain lelaki itu turut menghantar e-mel kepadanya mendakwa mahu menghadiah­kan kucing itu kepada ibunya yang menetap di Kedah.

“Bagaimanap­un saya menerima emel daripada sebuah bank di Kanada mendakwa saya perlu membayar caj pemindahan wang berjumlah RM700 ke Malaysia.

“E-mel itu mendakwa ‘pelanggan’ saya itu sudah melakukan urusan pemindahan wang sebanyak Canadian Dollar 1,000 ( RM3,300). Saya kemudian diberikan nombor akaun bank tempatan untuk membayar caj itu bagi membolehka­n pemindahan wang dilakukan,” katanya.

Namun selepas membuat pembayaran, dia mendakwa masih menerima e-mel sama memintanya untuk membuat penambahan RM350 lagi.

“Saya mula sangsi dan mengesyaki ditipu. Semakan melalui laman web rasmi bank di Kanada itu mendapati tidak wujud caj bagi pemindahan wang seperti didakwa.

“Saya kemudian cuba menghubung­i ‘pembeli’ itu namun gagal sebelum menyedari ditipu,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia