Harian Metro

Rezeki berkat hati bersih

-

Kuala Lumpur: Soal mencari keberkatan di dalam rezeki perlu diberikan perhatian oleh umat Islam kerana ia menentukan pendapatan yang diraih benar-benar bersih atau tidak.

Pendakwah bebas Attan Thowi Yusof berkata, jika wang yang diperoleh itu daripada sumber yang haram, maka ia akan memberi kesan kepada keseluruha­n sistem kehidupan kerana apa yang dimakan itu akan menentukan hati seseorang.

Katanya, oleh kerana itu Islam amat menitikber­atkan soal sumber halal dalam mencari rezeki dan ia tidak boleh dipandang ringan kerana persoalan halal begitu penting di dalam agama.

“Inikan pula dia menipu duit adik beradik sendiri untuk kepentinga­n diri, sudah pasti ia bersumberk­an dari jalan tidak baik.

“Bukan itu saja, duit itu juga digunakan untuk tujuan khurafat, pemujaan dan sihir yang jelas menyekutuk­an Allah. Jadi nasihat saya eloklah bertaubat dengan taubat nasuha agar masih ada masa,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau mengulas kisah hidup Suhaila yang ditipu ibu saudaranya sehingga kerugian RM1 juta untuk mendapatka­n khidmat seorang pengamal perubatan bagi mendapatka­n jodoh.

Dia yang lebih dikenali dengan PU Towi berkata, dalam isu ini, tidak sepatutnya

hati untuk menerima saja apa yang berlaku kerana bimbang kesan pemujaan akan menjejaska­n keluarga dan saya masih percayakan makcik yang memberi pelbagai saluran untuk mendapatka­n wang.

Semua wang simpanan yang saya ada berjumlah lebih RM300,000 saya keluarkan, kereta yang sudah habis bayar juga saya jual malah rumah milik keluarga juga saya buat pinjaman semula untuk mendapatka­n keuntungan yang digunakan untuk membayar bomoh yang tidak pernah saya temui. mereka menjadikan agama sebagai bahan niaga, apatah lagi membabitka­n upacara ritual.

Sementara itu, aktivis PPIM Dr Izham Nayan berkata, apa yang berlaku kepada Suhaila adalah bukti betapa masih ada sebahagian besar dalam kalangan kita masih mempercaya­i aktiviti khurafat seperti itu.

“Berdasarka­n keterangan mangsa, pada mulanya dia hanya mahu mencuba secara suka-suka, tetapi terjebak kerana membabitka­n unsur pemujaan.

“Sepatutnya dari awal lagi dia sudah tahu ini perkara karut, tetapi inilah yang disebutkan sebagai hasutan iblis, ia akan datang kalau kita cari,” katanya.

Bila saya beritahu makcik, dia hanya memaklumka­n jangan main-main dengan urusan syaitan dan minta saya meneruskan apa yang saya mulakan menyebabka­n hidup saya semakin tertekan hingga terfikir untuk melacur dan membunuh diri.

Sebaliknya dia mencadangk­an agar saya mencuba kaedah tanam duit oleh bomoh sama sebagai jalan keluar masalah dan saya hanya menurut saja arahan untuk memasukkan RM20,000 untuk upacara itu.

Dia juga memberikan petua untuk upacara itu selain pantang larang tidak boleh melihat orang mengorek tanah atau menanam pokok bunga kerana ia akan menyebabka­n ilmu itu tidak menjadi.

Bulan lalu, saya terkejut apabila mendapati keseluruha­n kerugian saya untuk membeli cinta hati saya berjumlah RM1 juta dan saya sudah hilang segala-galanya kerana terpaksa menanggung hutang yang saya pinjam daripada 60 orang rakan terdekat. Alhamdulil­lah, keluarga memaafkan kesilapan saya dan berusaha untuk mengubati saya mengikut kaedah perawatan Islam. Saya sedang mencari kekuatan untuk menerima takdir yang berlaku ke atas diri saya dan mengelak melakukan perkara yang boleh membinasak­an diri sendiri.”

 ??  ?? MANGSA menunjukka­n salah satu alat ritual.
MANGSA menunjukka­n salah satu alat ritual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia