Harian Metro

TAMBAH REMAN 7 HARI

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

„ Siasatan rasuah anak, pegawai khas

Exco Johor dilanjutka­n

Anak dan pegawai khas kepada seorang Exco kerajaan negeri yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan skandal rasuah dan penyelewen­gan membabitka­n hartanah di negeri ini disambung reman tujuh hari lagi oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Dua lagi suspek yang ditahan berhubung kes itu sebelum ini turut dilanjutka­n reman selama tujuh hari, manakala dua yang lain dipercayai pemaju dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Johor Bahru Hafizah Johor Ariff Johor bermula semalam, selepas membenarka­n permohonan SPRM untuk menyambung tempoh reman berkenaan. Lanjutan reman itu membolehka­n SPRM menjalanka­n siasatan lanjut terhadap empat suspek terbabit mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. Terdahulu, keenam-enam mereka tiba di pekarangan mahkamah jam 9 pagi dengan menaiki enam kenderaan diiringi pegawai SPRM.

Lima daripada mereka memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan menutup wajah masing-masing manakala seorang lagi berkemeja merah hati dan tidak melindungi wajahnya.

Mereka kemudian dilihat meninggalk­an mahkamah jam 11.15 pagi.

Keenam-enam suspek yang berusia 25 tahun dan 50 tahun itu sebelum ini direman tujuh hari sehingga semalam.

Pada 24 Februari lalu, mereka ditahan di beberapa lokasi sekitar daerah ini pada operasi serentak yang dilancarka­n SPRM, jam 8.30 pagi.

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan selepas mereka disyaki terbabit dalam skandal rasuah dan penyelewen­gan membabitka­n hartanah di negeri dalam isu penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera.

Selain anak dan pegawai khas Exco kerajaan negeri, empat suspek lain membabitka­n dua pemaju, seorang peguam dan seorang orang awam.

 ??  ?? ANTARA suspek yang dibawa ke mahkamah untuk dilanjutka­n tempoh tahanan reman, semalam.
ANTARA suspek yang dibawa ke mahkamah untuk dilanjutka­n tempoh tahanan reman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia