Harian Metro

SEMANGAT BOMBA SI CILIK

- Omar Ahmad am@hmetro.com.my

Usia Muhammad Arif Farhan Mohd Firdaus baru enam tahun namun minatnya yang mendalam terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terserlah apabila hampir setiap hari dia akan mengunjung­i balai bomba dan penyelamat berdekatan kediaman keluargany­a.

Bapanya, Mohd Firdaus Mohd Yusof, 26, turut menyokong minat anaknya itu dengan menghasilk­an pakaian seragam operasi dan peralatan termasuk tong oksigen menggunaka­n bahan terpakai.

Ibu Muhammad Arif Farhan, Nor Farah Fuad, 28, berkata, suaminya menghasilk­an pakaian seragam berkenaan serta peralatan itu tiga tahun lalu namun anak mereka tidak pernah jemu memperagak­annya.

“Kalau boleh Muhammad Arif mahu pakai baju bomba setiap hari. Pada masa sama, anggota bomba juga ada kalanya memberi peluang kepada Muhammad Arif Farhan mencuba topi keselamata­n mereka,” katanya.

Nor Farah berkata, minat anak sulung daripada dua beradik itu terhadap pasukan bomba dan penyelamat bermula sejak berusia tiga tahun.

“Pakaian anggota bomba bersaiz kanak-kanak memang

„ Budak terlalu minat nak tolong orang dalam

kesusahan

tiada dijual, oleh itu suami menghasilk­annya sendiri, malah suami juga membuat peralatan oksigen mainan lengkap dengan walkie talkie dan kasut juga daripada barangan terbuang.

Sementara itu, Muhammad Arif Farhan yang membahasak­an dirinya sebagai abang memberitah­u, dia amat meminati pasukan bomba dan penyelamat kerana anggota pasukan berkenaan sering menyelamat dan membantu orang yang dalam kesusahan.

“Abang selalu nampak bomba selamatkan orang kemalangan di tepi jalan, bila ada rumah terbakar bomba datang padamkan api.

“Bomba pun selalu tolong haiwan seperti kucing dan anjing. Mereka tolong sesiapa saja. Bila dewasa, saya nak jadi anggota bomba bagi membantu orang ramai,” katanya ketika ditemui, semalam.

Hampir setiap hari Muhammad Arif Farhan dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Johor Jaya, Tebrau, Johor Bahru dan BBP Kota Tinggi.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa BBP Tebrau Mohd Shazarul Afidz Mohd Khairuddin berkata, pihaknya sentiasa memberi layanan baik kepada Muhammad Arif Farhan.

“Biasanya, apabila berkunjung ke BBP Tebrau, dia meminta dipakaikan pakaian seragam bomba lengkap dengan topi keledar selain mahu dibawa bersiar-siar dengan jentera bomba,” katanya.

 ??  ?? MUHAMMAD Arif bersemanga­t mengenakan pakaian seragam yang dibuat daripada barangan terpakai.
MUHAMMAD Arif bersemanga­t mengenakan pakaian seragam yang dibuat daripada barangan terpakai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia