Harian Metro

GOPOH BINA JENAMA

-

membeli produk murah dan mempromosi­kan di laman sosial masing-masing sebagai jenama sendiri.

“Sikap usahawan segera ini ‘membunuh’ industri kosmetik tempatan sedangkan ada usahawan tulen dan berusaha bersungguh-sungguh mengeluark­an produk sendiri.

“Kilang berdaftar miliknya memerlukan kajian teliti pakar kimia bertauliah termasuk mendapat maklum balas pihak Kementeria­n Kesihatan (KKM) sebelum proses pengeluara­n dimulakan,” katanya.

Katanya, modal diperlukan bagi menghasilk­an 1,000 unit produk asas kosmetik sekitar RM15,000 hingga RM25,000 dan pengeluara­nnya mengambil masa lima minggu bekerja.

“Kilang kami contohnya memiliki sijil Amalan Pengilanga­n Baik (GMP) dan produk dikeluarka­n bukan saja berkualiti tinggi, malah bebas bahan berbahaya dan diluluskan KKM.

“Ia jauh berbeza daripada produk kosmetik dibeli secara

Usahawan kosmetik segera sanggup jadi ‘pembunuh’ jual produk murah berbahaya

pukal atau kilo dari Thailand, Filipina atau China yang biasanya mengandung­i banyak kandungan berbahaya seperti merkuri dan hidrokuino­n,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan produk kosmetik murah diimport dari Thailand dan ia mudah dikesan kerana ciri yang senang dikenal pasti.

Katanya, untuk krim wajah contohnya, terdapat empat warna yang biasa dijual di pasaran iaitu putih, oren, kuning dan hijau lembut serta boleh diseludup dari sempadan dengan harga serendah RM60 sekilogram.

“Jika kita tinjau beberapa jenama kosmetik baru keluaran usahawan muda dari negeri bersempada­n Thailand misalnya, banyak yang menjual krim wajah daripada empat warna berkenaan.

“Yang berbeza hanya pembungkus­an dan jenama dipaparkan,” katanya yang lebih 10 tahun terbabit dalam bidang pengeluara­n produk di negara ini.

 ??  ?? Metro LAPORAN Harian 21 Januari lalu.
Metro LAPORAN Harian 21 Januari lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia