Harian Metro

JENAYAH BERULANG

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ Dakwaan polis gagal bertindak tidak benar berikutan penipuan dilakukan suspek sama pada 2014 sudah selesai

“Dakwaan tiada tindakan polis adalah tidak benar sama sekali,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad berhubung kes penipuan pelaburan, pembelian dan penjualan emas sehingga mengakibat­kan 28 orang kerugian antara RM400,000 hingga RM4.9 juta.

Abdul Ghani berkata, berdasarka­n siasatan dilakukan sejak 27 Jun 2014, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Beliau berkata, pihaknya menerima 17 laporan polis berhubung kes penjualan 16.635 kilogram jongkong emas dan beberapa saksi tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil siasatan mendapati semua mangsa terbabit hanya menuntut baki bayaran masih belum dijelaskan hasil pembelian, penjualan dan emas dilakukan.

“Hasil siasatan mendapati dianggarka­n sejumlah RM271,270 diserahkan kepada mangsa, manakala beberapa

pelaburan keping cek masih belum didepositk­an.

“Siasatan mendapati kes berlaku atas dasar persetujua­n kedua-dua pihak untuk membeli, menjual dan melabur emas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.

Abdul Ghani berkata, polis turut merampas beberapa dokumen dan menahan seorang lelaki berusia 40-an yang didakwa sebagai suspek utama kes berkenaan pada 29 September 2014.

Beliau berkata, suspek kemudian ditahan reman untuk membantu siasatan dan kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutny­a.

Katanya, hasil pemeriksaa­n dan siasatan serta arahan dibuat, tiada tindakan lanjut boleh dilakukan atas beberapa faktor dan semua mangsa dinasihatk­an mengambil tindakan mengikut undang-undang sivil.

“Polis terpaksa akur dengan arahan diberikan dan dakwaan mangsa mengenai tiada tindakan polis diambil berhubung kes itu tidak benar sama sekali.

“Kes berkenaan selesai dan ditutup kerana tiada kesalahan jenayah komersial berlaku dan tiada sebarang perjanjian khusus dibuat antara mereka termasuk dokumen

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia