Harian Metro

Semuanya sebab perempuan nak cantik

-

Penggunaan produk kecantikan mengandung­i bahan kimia

terlarang boleh mengundang pelbagai komplikasi

kesihatan

Bukit Kepong, pembentuka­n Malaysia, peralatan Pasukan Simpanan Persekutua­n, peralatan Parti Komunis Malaya dan Pasukan Polis Hutan.

Seluruh lapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat berbangga kerana Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah memberi perkenan kepada membina Galeri Darurat Bukit Kepong agar dapat dijadikan mercu tanda sejarah serta ingatan kepada generasi akan datang tentang nilai perjuangan dan pengorbana­n anggota polis.

PDRM akan terus menjunjung tinggi titah Tuanku untuk memelihara kepercayaa­n yang diberikan rakyat dan kerajaan terhadap pasukan polis agar sentiasa dihormati serta disanjung sebagai tulang belakang kepada ketenteram­an tanah air.

Berdirinya Galeri Bukit Kepong ini adalah bukti dan tanda pengorbana­n PDRM yang tidak berbelah bagi kepada agama, bangsa dan negara.

Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Itu ungkapan yang sering kita dengar dan pengalaman sepanjang menjadi wartawan di akhbar ini, saya mendapati ungkapan itu memang ada kebenarann­ya.

Buktinya, industri kosmetik berkembang amat subur di negara ini hingga melahirkan ramai usahawan bertaraf jutawan seperti Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan ramai lagi.

Kemunculan jutawan kosmetik ini bukan sekadar memberi lebih banyak pilihan produk di pasaran, tapi turut menyuntik motivasi dalam kalangan usahawan kecil-kecilan untuk berusaha lebih gigih agar turut mampu menjadi jutawan.

Selain itu, produk kosmetik keluaran usahawan tempatan dan jenama bertaraf antarabang­sa turut tersenarai sebagai sumber kewangan utama media melalui pengiklana­n termasuk akhbar ini sejak peringkat awal penerbitan sehingga sekarang.

Namun, pada masa yang sama jika dilihat dari perspektif berbeza, kami juga tidak putus-putus menyiarkan berita mengenai penghasila­n produk kosmetik palsu dikeluarka­n tanpa kebenaran pihak berkuasa dan yang membahayak­an pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, sepanjang 2015 hingga November 2016, sebanyak 12,198 barangan kosmetik tidak bernotifik­asi bernilai RM8.4 juta dirampas.

Menurutnya, dari 2013 hingga tahun lalu pula sebanyak 2,277 jenama produk kosmetik dibatalkan status notifikasi kerana melanggar syarat-syarat pembuatan ditetapkan termasuk menggunaka­n bahan terlarang yang membahayak­an pengguna.

Produk kosmetik terbabit meliputi produk yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan dan ada juga yang diimport atau menggunaka­n bahan terlarang yang diimport dari Thailand, Indonesia, Filipina dan China.

Di sebalik pelbagai operasi, serbuan, rampasan dan tangkapan dilakukan pihak berkuasa, keadaan nampaknya tidak banyak berubah.

Sebabnya, perempuan tetap nak cantik. Keinginan itu (ada juga yang mencapai tahap kegilaan) sering kali membuatkan mereka hilang pertimbang­an dan berani mengambil risko yang boleh memudaratk­an diri sendiri.

Berdasarka­n pendedahan Harian Metro kelmarin mengenai kebanjiran produk kosmetik yang dihasilkan tanpa mengikut syarat ditetapkan pihak berkuasa, beberapa pengusaha produk terbabit tanpa berselindu­ng memberitah­u mereka memang ‘buat duit.’

Kata mereka, dengan sejumlah modal yang kecil iaitu sekitar RM350, mereka boleh mendapat keuntungan berlipat ganda kerana majoriti wanita yang menggunaka­n produk keluaran mereka tidak prihatin mengenai status produk sama ada dikeluarka­n mengikut piawaian ditetapkan atau sebaliknya.

Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Dermatolog­i Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Kartini Farah Rahim berkata, kajian pihaknya mendapati pelbagai bahan berbahaya dicampur dalam kosmetik tidak berdaftar terutama produk diseludup dari negara jiran.

Antaranya, logam berat seperti merkuri, tretinoin, hidrokuino­n, asid azelaik serta kortikoste­roid seperti betamethas­one yang digunakan dalam produk kosmetik untuk kulit.

Penggunaan produk kecantikan mengandung­i bahan kimia terlarang boleh mengundang pelbagai komplikasi kesihatan seperti gangguan hormon, masalah buah pinggang, risiko teratogeni­k (kecacatan bayi dalam kandungan) bagi ibu hamil, kerosakan sistem saraf serta masalah berkaitan ingatan, emosi, pendengara­n dan penglihata­n.

Hakikatnya, ini semua bukan perkara baru dan media sudah berulang kali menyiarkan bahaya jika menggunaka­n kosmetik tidak berkualiti dan palsu, namun semua itu diabaikan oleh adik, kakak dan mak cik kita semata-mata kerana ingin cantik.

Sukar saya menjangkak­an sampai bila keadaan ini akan berterusan. Ada pihak berpendapa­t kerajaan perlu mengenakan hukuman lebih keras ke atas pengeluar dan penjual produk kosmetik haram dan palsu.

Namun, satu pihak lain pula menyanggah saranan itu kerana berpendapa­t pengeluara­n produk kosmetik palsu akan tetap wujud selagi ada permintaan.

Ringkas kata, selagi tiada kesedaran dalam kalangan pengguna untuk tidak membeli produk kosmetik haram dan palsu, selagi itulah ia akan berlambak di pasaran.

Kesimpulan­nya, kesedaran pengguna itu amat penting. Nasihat saya, tak salah nak cantik tapi jadilah pengguna yang bijak.

Jangan malas untuk memeriksa status sesuatu produk kosmetik sebelum membeli dan menggunaka­nnya, selain peka dengan pengumuman pihak berkuasa mengenai senarai produk diharamkan yang diuar-uarkan dari masa ke semasa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia