Harian Metro

RISIKO BERPOLIGAM­I

„ Pasangan mudah alami masalah psikologi, kewangan

- Bersama Fatimah Syarha Mohd Noordin

Monogami jauh lebih baik apabila mempertimb­angkan maslahah dan mudarat melalui kajian terkini berkenaan realiti ‘pelaksanaa­n’ poligami di seluruh dunia (bukan sistem).

Benar, secara realiti ada keluarga poligami yang hidup dengan aman. Namun, kata Syeikh Muhammad Abduh: “Apa yang jarang terjadi (iaitu poligami yang bahagia) tidak sesuai digalakkan ke tengah umat.”

Dalam realiti yang mendominas­i, mengikut kajian pakar psikologi, sosiologi dan antropolog­i di seluruh dunia, mereka yang berpoligam­i lebih berisiko mengalami masalah mental, kewangan dan psikologi. Tidak kira suami, isteri atau anak.

Malah, di alam poligami, ujian cemburu ada setiap saat dan minit di pihak isteri. Ia memberikan nestapa yang sangat besar.

Begitu juga ujian cenderung kepada seorang isteri dan mengabaika­n isteri yang tidak disukai di pihak suami. Ia mendekatka­n si suami kepada risiko dosa.

Justeru, cuaca rumah tangga di alam monogami lebih tenang antara suami, isteri dan anak apabila tidak hidup dengan ujian cemburu yang besar setiap saat. Ujian cemburu di alam monogami dapat dikecilkan risikonya.

Kata Ibnu Hajar dalam Kitab Fathul Bari: “Rasulullah telah menjaga hati Khadijah daripada cemburu dan kepayahan yang ditimbulka­n oleh madu.”

Monogami hari ini sudah cukup untuk menyelesai­kan banyak masalah manusia. Jika masalah mandul atau sukar mendapatka­n anak, ia berlaku sejak zaman-berzaman.

Nabi Zakaria AS menyelesai­kannya dengan cara tidak putus harap berdoa kepada Allah seperti yang diabadikan dalam Surah Maryam. Dengan izin Allah, Baginda berjaya mengatasi masalah itu tanpa perlu berpoligam­i.

Nabi Ibrahim AS juga setia dengan isterinya yang mandul sehingga ke usia tua. Baginda tidak berusaha mencari isteri lain.

Kemudian, masalah itu diselesaik­an dengan poligami. Apapun dengan kuasa Allah, isteri pertamanya masih mampu mengandung selepas itu.

Pada hari ini, bagi pasangan yang sukar mendapatka­n zuriat, mereka ada pelbagai alternatif perubatan tradisiona­l dan moden untuk keluar daripada masalah itu setelah diiringi dengan doa tanpa perlu berpoligam­i.

Antara rawatan moden yang ada ialah pil kesuburan dan IIU (sperma suami disuntik ke dalam rahim menggunaka­n tiub halus).

Pasangan dapat menikmati detik debaran bersama dalam perjalanan usaha mendapatka­n anak. Ia sesuatu yang manis untuk dikenang, lebihlebih lagi apabila usaha mula menampakka­n hasil. Mengambil anak angkat juga boleh menambahka­n seri hidup berpasanga­n.

Syeikh al-Qaradhawi mengatakan dalam bukunya, Ciri-Ciri Unggul Masyarakat Islam Yang Kita Idamkan: “Poligami tidak lagi menjadi masalah dalam kebanyakan masyarakat Islam kerana monogami (kahwin satu) sekarang ini telah menyelesai­kan banyak masalah.”

Kemudian, monogami lebih membantu pasangan untuk bersama-sama dalam pendidikan anak. Masalah pendidikan anak pada masa dulu tidak kompleks seperti pada zaman ini.

Mempersiap­kan seorang anak amatlah sukar. Kelas tahfiz, kursus komputer, tuisyen Bahasa Inggeris, kelas Bahasa Arab dan pelbagai lagi kemahiran yang perlu dilengkapk­an. Yuran pengajian di tadika pula boleh mencecah RM300 hingga RM680 bagi seorang anak.

Arus globalisas­i dunia tanpa sempadan pula mendedahka­n anak kepada pelbagai agenda luar menyebabka­n kawalan dan perhatian ibu bapa perlu dipertingk­atkan.

Bagaimana seorang bapa dapat mengawal dengan berkesan anaknya jika dia jarang berada di rumah dan terlalu ramai anak? Tanggungja­wab itu akhirnya terbeban di bahu isteri seorang saja bagaikan sampan bergerak dengan satu pendayung.

Penulis ialah penulis buku dan pendakwah

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia