Harian Metro

Berkelana ke Baghdad cari ilmu

-

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani dilahirkan pada 470 Hijrah (1077 Masihi) di Naif iaitu desa di Jailan, Iran.

Wilayah itu dikenali dengan nama Jailan atau dalam bahasa Parsi dipanggil Kailan.

Bapa beliau bernama

Abu Solih Musa bin Abdullah bin Musa al-Jun bin Abdullah al-Mahd bin Abu Muhammad Hasan al-Mutsanna bin Hasan bin Ali RA (suami kepada Sayidatina Fatimah az-Zahra, puteri Rasulullah SAW). Dengan demikian, nasab beliau dari sebelah bapa bersambung kepada Sayidina Hasan bin Ali bin Abu Talib.

Adapun nama ibunya ialah Ummu al-Khair Ummu al-Jabbar Fatimah binti Jamaluddin Muhammad bin Mahmud bin Abu al-Ata Abdullah bin Kamaluddin Isa bin

Abu Alauddin Muhammad al-Jawwad bin Ali ar-Rida bin Musa al-Kazim bin Jaafar as-Sadiq bin Muhammad al-Baqir bin Zainal Abidin bin Abu Abdullah Husain bin Ali bin Abu Talib.

Jika nasab Syeikh Abdul Qadir daripada sebelah bapa sampai kepada

Hasan, maka nasab sebelah ibunya sampai kepada Husain. Justeru, nasab Syeikh Abdul Qadir sampai kepada Sayidina Ali.

Malah, apabila diperhatik­an lagi ditemui pula suatu keterangan bahawa Syeikh Abdul

Qadir juga mempunyai ikatan hubungan keluarga dengan Khulafa ar-Rasyidin yang lain.

Ibu kepada bapa (neneknya dari sebelah bapa) Syeikh Abdul Qadir bernama Ummu Salamah binti Muhammad bin Talhah bin Abdullah bin Abdur Rahman bin Abu Bakar as-Sidiq RA.

Adapun kaitannya dengan Sayidina Utsman bin Affan RA adalah bermula daripada Abdullah al-Mahd. Dinamakan dengan al-Mahd kerana lafaznya menunjukka­n sesuatu yang murni daripada sesuatu.

Perkara itu berlaku kerana keturunan mulia daripada Abdullah itu murni daripada mawali (perhambaan), baik daripada sebelah ibu mahupun bapa, sehingga dia digelar dengan gelaran ini.

Selain itu, disebabkan bapa Abdullah al-Mahd bernama Hasan al-Mutsanna bin Hasan bin Ali bin Abu Talib.

Setelah Hasan al-Mutsanna meninggal dunia, isterinya dikahwini oleh Abdullah bin al-Muzaffar bin Umar bin Utsman bin Affan.

Kaitannya dengan Sayidina Umar al-Khattab pula berdasarka­n pada nama Abdullah bin al-Muzaffar.

Nama ibunya adalah Hafsah binti Abdullah bin Umar RA. Berdasarka­n perkara ini, maka nasab Syeikh Abdul Qadir mempunyai ikatan dengan Khulafa ar-Rasyidin.

Syeikh Abdul Qadir menerima ilmu agama dari awal lagi. Waktu itu beliau menimba ilmu daripada keluargany­a sendiri. Beliau sangat tekun menuntut ilmu dan berusaha mendapatka­n sumber ilmunya untuk menambahka­n pengetahua­n.

Tempat menimba ilmu yang terbaik pada masa itu ialah Baghdad, sebuah kota yang menjadi tumpuan ulama dan gudang ilmu. Di sanalah tempat berlabuhny­a orang Islam, baik dari timur mahupun barat.

Syeikh Abdul Qadir nekad mengembara ke kota itu untuk menuntut ilmu dengan pelbagai kesukaran yang dihadapi pada masa itu.

Beliau sampai di Baghdad pada 488 Hijrah (1095 Masihi) sewaktu berusia 18 tahun. Beliau belajar daripada ramai guru, terutama dengan Syeikh Abu Said al-Mukharrami, Ibnu Aqil, Abu Muhammad Jaafar as-Sarraj, Abu al-Khatab Mahfuz Hanbali dan Abu’l-Khair Hammad bin Muslim ad-Dabbas.

Kemudian, beliau meninggalk­an Baghdad dan meluangkan waktu selama 25 tahun sebagai pengembara serta suka memencilka­n diri di kawasan padang pasir Iraq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia