Harian Metro

‘SYUR GA TEKSTIL LENGANG

Jualan kedai kain di Tangkak merosot sejak 2005

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin asyikin.mat@hmetro.com.my

Lengang dan kurang pengunjung. Itu situasi di pekan Tangkak yang tidak menggambar­kan statusnya sebagai ‘Syurga Tekstil Selatan’. Keadaan di pekan itu kini sangat berbeza berbanding di peringkat awal pusat berkenaan beroperasi yang mana ia sentiasa sesak dengan kehadiran pengunjung dari seluruh pelosok negeri.

Lebih meriah ketika itu banyak rombongan bas datang membawa pengunjung untuk membeli-belah pelbagai jenis kain import berkualiti pada harga berpatutan ditawarkan.

Bermula dengan tiga kedai kain pada 1993, perniagaan itu berkembang maju sehingga terdapat kira-kira 30 kedai ketika ini.

Nama Tangkak yang turut dikenali sebagai Bandar Tekstil begitu popular, namun kegemilang­an 10 tahun ‘Syurga Tekstil’ itu tidak dapat bertahan lama dan kini keadaannya boleh diibaratka­n seperti hidup segan mati tak mahu.

Dalam erti kata mudah, industri tekstil di Tangkak

kakberada dalam zaman kejatuhan dan mengalami kemerosota­n bermula sekitar 2005 dan semakin teruk tiga tagnun ketaebelak­angan ini. Persaingan pembukaan bandar lain seperti di Nilai yang membuka perniagaan kain sama konsep depngan Tangkak, gedung pakaian terkenal dan trend membeli kain di Vietnam serta dalam talian dilihat antara faktor penyumbang industri berken naan semakin tenat. "Sekitar 2001 hingga 2005, jualan bulanan keleh mencecah RM600,000 berbanding kinihanya RM180,000 iaitu merosot 70 peratus. "Kutipan jualan ini belum ditolak dengan kos an sudah tentunya keuntungan yang dih peroleh sedikit,” kata Penyelia Jualan Kedai Kain bunga Raya, Tiew Ai Ling. anya, kebanyakan peniaga kedai kain di sini sanggu up mengambil risiko mengurangk­an keuntu ungan dengan menurunkan harga jualan bagi memas stikan bekalan kain di kedai habis terjual.

“Kedai di sini juga ambil pendekatan yang sama selain mengadakan promosi jualan murah pada musim perayaan dan waktu tertentu.

“Walaupun buat begini (turun harga dan buat promosi) tetapi tidak banyak membantu untuk meningkat jualan sebaliknya terus menurun,” katanya.

Penyelia Kedai SH Seng Huat Textile Teh Kian Leon pula berkata, jualan harian kedainya secara puratanya hanya boleh mencecah RM1,000 sehari sejak dua tahun lalu berbanding sebelum ini kira-kira RM5,000 hingga RM6,000.

“Majikan menurunkan harga antara 20 hingga 30 peratus bagi setiap kain untuk menarik pembeli.

“Saya tidak tahu sampai bila boleh bertahan dan tidak mustahil ramai peniaga akan gulung tikar dalam tempoh 10 tahun lagi kerana tidak dapat menanggung kerugian,” katanya.

Peniaga, Ong Leong Siew, 55, pula berkata, trend pembeli di Tangkak adalah mengikut musim iaitu perayaan dan cuti sekolah serta hujung minggu.

“Jika pada waktu itu (musim perayaan), pelanggan ramai sedikit tetapi tidak dapat mengatasi jumlah pengunjung ketika tempat ini menjadi tumpuan ramai.

“Kadang-kadang dalam sehari tidak ada pelanggan datang membeli kain di kedai saya.

“Di sini ada 30 kedai dan mereka (pelanggan) lebih suka memilih kedai yang lebih besar kerana banyak pilihan, sekali gus menjejaska­n peniaga kedai kecil seperti saya,” katanya.

Katanya, jualan harian kedainya ketika ini hanya sekitar RM300 dan kadang-kadang menjual kain mengikut harga borong supaya bekalan kain dalam kedai habis serta mendapat pulangan modal semula.

“Saya tidak sampai hati mahu menetapkan harga tinggi kerana tidak mahu pelanggan terbeban kerana kebanyakan mereka berpendapa­tan sederhana dan rendah.

“Faktor ekonomi semasa turut menjadi punca kemerosota­n perniagaan kami yang sebelum ini menjadi salah satu faktor utama penyumbang pertumbuha­n ekonomi di Tangkak,” katanya.

Saya pernah membuat perbanding­an harga antara kain yang dijual di Tangkak dengan tempat lain, ternyata pembelian di sini (Tangkak) lebih berbaloi”

Sariah Jonid Sekitar 2001 hingga 2005, jualan bulanan kedai boleh mencecah RM600,000 berbanding kini hanya RM180,000 iaitu merosot 70 peratus”

Tiew Ai Ling

 ??  ?? PEKEDAI terus bertahan meskipun bilangan pelanggan merosot.
PEKEDAI terus bertahan meskipun bilangan pelanggan merosot.
 ??  ?? PELANGGAN memilih kain yang dijual pada harga menarik.
PELANGGAN memilih kain yang dijual pada harga menarik.
 ??  ?? PELBAGA
PELBAGA
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PAPAN tanda menyambut kedatangan pengunjung membeli tekstil di Tangkak.
PAPAN tanda menyambut kedatangan pengunjung membeli tekstil di Tangkak.
 ??  ??
 ??  ?? GAI jenis kain dijual pada harga diskaun.
GAI jenis kain dijual pada harga diskaun.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia