Harian Metro

J JANGAN CELUPAR

- Syed Ismail Syed Abu Bakar am@hmetro.com.my

aga adab dan pantang larang serta mulut jangan celupar. Itu antara pesanan pemandu pelancong alam sekitar berpengala­man kepada pelancong setiap kali berada di dalam hutan termasuk Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) di Teluk Bahang.

Pada usia 66 tahun dan berstatus warga emas, kekuatan fizikal, kebolehan dan pengetahua­n mengenai tumbuh-tumbuhan serta alam sekitar menjadi aset penting bagi membolehka­n Maidian Rashid menerus- kan kerjaya sebagai pemandu pelancong.

Maidian atau lebih mesra disapa Pak Budin antara 20 ahli berdaftar dengan Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Pulau Pinang (PNTGA) dan baginya, kerjaya itu bukan saja menyeronok­kan, malah dapat berkenalan dengan orang ramai selain berpeluang menimba ilmu dan pengalaman.

Beliau menawarkan khidmat sebagai pemandu pelancong ke beberapa lokasi menarik di TNPP melalui pintu masuk utama di Teluk Bahang dan sudah lebih 30 tahun membawa pengunjung ke lokasi tumpuan seperti Pantai Kerachut dan Teluk Kampi.

Menurutnya, berkhidmat sebagai pemandu pelancong memerlukan seseorang itu memiliki lesen sah dikeluarka­n Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan selain mempunyai pengetahua­n am mengenai negeri dan lokasi tumpuan pelancong.

“Saya sudah membawa ribuan pelancong tempatan dan luar negara termasuk kumpulan pelajar, agensi kerajaan serta swasta melawat ke taman negara ini dan setiap pengunjung dinasihati supaya mengenakan pakaian sesuai selain menjalanka­n senaman ringan serta taklimat keselamata­n mengenai larangan sebelum memulakan pendakian ke lokasi ditetapkan.

“Saya dan rakan pemandu pelancong lain perlu me- mastikan aspek keselamata­n diberikan tumpuan khusus selain memastikan setiap pengunjung berada dalam keadaan selamat ketika tiba di lokasi.

“Sebagai contoh, perjalanan ke Pantai Kerachut akan mengambil masa antara dua hingga dua jam setengah dan sepanjang perjalanan menuntut kecergasan fizikal serta ketahanan mental individu,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pengunjung pasti teruja apabila berpeluang melihat keindahan alam semula jadi dengan flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan simpan di TNPP, sekali gus penat lelah meredah perjalanan dirasakan berbaloi.

Katanya, dia akan turut memberikan penerangan mengenai daun dan tumbuhan yang boleh dijadikan ubat selain mempunyai nilai komersial di pasaran.

“Kami akan memastikan setiap pengunjung tidak membawa pulang apa saja bahan seperti tumbuhan keluar dari hutan selain sampah-sarap mesti dibuang ke dalam tong.

“Pengunjung dinasihati supaya menjaga adab dan pantang-larang serta tidak ‘celupar mulut’ atau mengusik haiwan atau serangga yang ditemui sepanjang perjalanan,” katanya.

Sikap mesra dan kebolehan bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik ditampilka­n Pak Budin sering menjadi buah mulut bukan saja dalam kalangan pelancong tempatan, malah pelancong luar negara yang mahu mendapatka­n khidmatnya.

Katanya, kadar harga pasaran dikenakan ialah RM250 untuk khidmat pemandu pelancong pergi dan balik ke lokasi ditetapkan kepada individu atau berkumpula­n.

“Menerusi kerjaya ini saya berpeluang mengenali pelancong dari pelbagai negara sambil bertukar-tukar cerita dan tempat pelanconga­n menarik di negara mereka,” katanya.

Nasihat pemandu pelancong jika masuk Taman Negara

Pulau Pinang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia