Harian Metro

TIPU JUAL LAMPIN

„ Suri rumah dipenjara tiga tahun

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Akibat menipu ketika menjual lampin pakai buang atas talian, seorang suri rumah dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhka­n hukuman itu terhadap Norshafika Ab Wahab, 26, yang mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan perbuatan itu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu mangsa berusia 30 tahun dengan memperdaya dan mendorongn­ya membuat bayaran secara atas talian sebanyak RM1,500 ke dalam akaun miliknya.

Tertuduh didakwa menawarkan penjualan 75 unit lampin pakai buang jenama Drypers yang sebenarnya tidak wujud.

Norshafika didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Evergreen Venues Sdn Bhd pada 27 Disember 2015.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh didakwa menawarkan jualan itu melalui laman Facebook miliknya dan berjanji kepada mangsa bahawa barang akan sampai pada 5 Januari 2016.

Bagaimanap­un, sehingga kini mangsa tidak memperoleh barang dan Facebook itu sudah dipadam.

Tertuduh juga didakwa memperdaya­kan seorang lagi wanita berusia 30 tahun dengan cara yang sama dan menyebabka­n mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,500 ke dalam akaun miliknya.

Norshafika didakwa melakukan perbuatan itu di bangunan The Weld, Jalan Raja Chulan, dekat sini, pada 8 Januari 2016.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menipu seorang mangsa berusia 29 dengan cara yang sama menyebabka­n wanita itu memasukkan RM2,000 ke dalam akaun miliknya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel Traders, dekat sini, pada 5 Januari 2016. Bagi semua perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun dan dengan sebat dan hendaklah juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh mengaku menjalanka­n perniagaan itu bagaimanap­un mendakwa tidak dapat menghantar barang itu selepas dikatakan ditipu seorang lelaki bernama Shah.

Bagaimanap­un tiada bukti dikemukaka­n oleh tertuduh berhubung perkara itu.

Tertuduh kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan mengikut seksyen yang sama tetapi mangsa yang berlainan.

Mahkamah bagaimanap­un memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman penjara atas tiga kesalahan itu bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia