Harian Metro

JANJI TAK BUAT

„ Dua pasangan kekasih pernah buat noda kena serbu

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Dua pasangan kekasih termasuk seorang janda beranak dua mengaku mendaftar masuk di sebuah hotel di Kuala Nerus, semalam, semata-mata mahu memuaskan nafsu selepas mereka ditahan dalam serbuan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Bagaimanap­un, kedua-dua pasangan itu mengaku insaf dan tidak mengulangi kesalahan sama selain memaklumka­n mereka merancang berkahwin dalam serbuan jam 12.15 tengah malam.

Dalam serbuan pertama, janda berusia 24 tahun ketika disoal siasat mengaku melakukan hubungan seks bersama pasanganny­a berusia 26 tahun sebaik mendaftar masuk di hotel itu pagi kelmarin.

Pesuruhjay­a JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, wanita terbabit mengaku mengambil teman lelakinya yang bekerja di Johor Bharu, Johor di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) jam 10 pagi sebelum mendaftar masuk di hotel berkenaan

Menurutnya, wanita terbabit mengaku ada keluar membeli makanan dan melakukan hubungan seks sebelum keluar berjalan-jalan sebelum kembali ke hotel melakukan perbuatan itu.

“Wanita itu mendakwa dia berkenalan dengan kekasihnya sejak tiga bulan lalu menerusi media sosial selain merancang berkahwin.

“Dalam serbuan di bilik berasingan di hotel sama, kami menahan pasangan kekasih berusia 22 tahun yang mengaku mendaftar masuk di hotel berkenaan untuk melakukan hubungan seks,” katanya.

Wan Mohd berkata, pasangan berkenaan dikatakan menuntut di sebuah kolej yang sama sebelum ini dan wanita terbabit dikatakan mengambil teman lelakinya yang datang dari Kuala Lumpur di Hentian Bas MBKT.

Katanya, mereka mengaku pernah terlanjur ketika masih menuntut di sebuah kolej di Kuala Lumpur sebelum ini, tetapi mendakwa tidak sempat melakukan hubungan seks selepas bilik mereka diserbu penguat kuasa syariah.

“Kedua-dua pasangan itu dibawa ke Pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat,” katanya.

 ??  ?? PASANGAN kekasih yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel di Kuala Nerus, semalam.
PASANGAN kekasih yang ditahan kerana berkhalwat di sebuah hotel di Kuala Nerus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia