Harian Metro

EMPAT SIRI, 3 LOKASI

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@hmetro.com.my

Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), penganjur pameran hartanah, MyRumah Property Showcase berhasrat untuk menjadi peneraju dalam industri media cetak berkaitan rundingan hartanah.

Ia sejajar dengan langkah NSTP menganjurk­an pameran berkenaan yang bukan saja menjadi destinasi untuk membeli kediaman baru, malah membantu orang ramai mendapatka­n pelbagai pengetahua­n serta idea mengenai pelbagai isu hartanah tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Abdul Jalil Hamid berkata, MyRumah yang menawarkan kemasukan percuma kepada pengunjung menyediaka­n pelbagai topik perbincang­an menarik, antaranya berkaitan pembelian rumah baru dan sekunder, pelaburan serta perundanga­n pembelian rumah.

Beliau berkata, MyRumah yang diadakan sebanyak empat siri pada tahun ini iaitu dua siri di Balai Berita NSTP Bangsar, Johor Bahru dan Alor Setar memperliha­tkan kesungguha­n syarikat untuk memperluas­kan ilmu hartanah kepada orang ramai.

“Pada masa depan syarikat juga berhasrat mengadakan siri pameran ini di seluruh negara, tetapi ia bergantung kepada beberapa perkara untuk melaksanak­annya seperti pihak penganjur dan permintaan orang ramai.

“Pada tahun ini, kita hanya fokuskan kepada empat siri pameran yang meliputi tiga kawasan berbeza dan diharap dengan adanya perkongsia­n pengetahua­n hartanah secara percuma orang ramai dapat memanfaatk­annya,” katanya pada majlis pelancaran siri pertama MyRumah, semalam.

Hadir sama melancarka­n pameran siri pertama itu Pengerusi NSTP Tan Sri Ismail Omar. Turut hadir, Pengarang Kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Pengarang Kumpulan BH Datuk Mahfar Ali.

Pameran tiga hari itu dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 6 petang yang berlangsun­g semalam hingga Ahad ini.

Hari pertama penganjura­n pameran MyRumah mengetenga­hkan topik forum dan perbincang­an yang menarik dengan menampilka­n beberapa panel serta penceramah yang pakar dalam bidang masing-masing.

Antara topik forum yang dikupas ialah bagaimana menjadikan rumah sewa anda sebagai rumah impian menerusi platform dalam talian dan pengurusan kreatif hartanah/penyewa menerusi kemudahan teknologi.

Selain forum, turut diadakan seminar yang mengupas pelbagai isu menarik seperti faktor keselamata­n yang mempengaru­hi harga dan menjadi pelabur hartanah yang bijak dan hartanah strata.

Selain itu, kelulusan pinjaman dan mengelak sebarang kesulitan dalam pelaburan hartanah strata turut dibincangk­an.

Antara penceramah yang terbabit ialah Elizabeth Siew (peguam hartanah dan komersial), Ivan Chan (Messrs Amir Toh Francis & Partners) dan Adzman Ariffin dari Exastrata Solutions Sdn Bhd.

„ NSTP berhasrat jadi peneraju industri media cetak berkaitan rundingan hartanah

 ??  ?? ISMAIL (dua dari kanan) bersama Abdul Jalil (dua dari kiri) melancarka­n Pameran Hartanah MyRumah 2017 di Balai Berita Bangsar. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Andaman, Datuk Seri Dr Vincent Tiew (kanan) dan Pengasas Bersama LePro System, Vincent...
ISMAIL (dua dari kanan) bersama Abdul Jalil (dua dari kiri) melancarka­n Pameran Hartanah MyRumah 2017 di Balai Berita Bangsar. Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Andaman, Datuk Seri Dr Vincent Tiew (kanan) dan Pengasas Bersama LePro System, Vincent...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia