Harian Metro

BINA KOMPLEKS ISLAM

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarka­n kutipan dana wakaf berjumlah RM50 juta tahun ini bagi membangunk­an pelbagai aset wakaf terutama berkaitan prasarana pendidikan kepada mahasiswa dan warga universiti itu.

Selain pembinaan infrastruk­tur, penyelidik­an dan keperluan dana ilmu, ia membabitka­n wakaf khas antaranya pembinaan Kompleks Islam di Kampus Puncak Alam, di sini, yang dijangka mula dilaksanak­an tahun depan.

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata, pelaksanaa­n wakaf UiTM itu tidak sesekali menggugat bajet yang diberikan kerajaan sebelum ini.

“Malah ia dapat membantu kami mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap bajet berkenaan dan boleh menjana pendapatan selain membantu warga kampus yang memerlukan.

“Menerusi sistem e-Wakaf yang diperkenal­kan sejak tahun lalu, kami setakat ini memperoleh kutipan dana lebih RM500,000 dan menyasarka­n kutipan RM1 bilion menjelang 2025,” katanya selepas memeterai memorandum perjanjian (MoA) Dana Wakaf Ilmu UiTM bersama Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), di sini, semalam.

MoA yang ditandatan­gani beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif PWS, Abu Bakar Yang itu turut disaksikan Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Ahmed Zaidee Laidin.

Menurut Hassan, pelaksanaa­n wakaf itu akan diuruskan Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf, Akademi Pengajian Islam Kontempora­ri (ACIS) dan pewakaf terdiri daripada pewakaf yang enggan diketahui identiti dan pewakaf berdaftar. Justeru, beliau berharap usaha mengejar ‘saham’ akhirat itu mendapat sambutan menyeluruh daripada lebih 180,000 mahasiswa dan warga kampus seluruh negara selain 680,000 alumni UiTM sedia ada.

“Ia dianggap perlu bagi membantu melancarka­n lagi proses pengajaran dan pembelajar­an di 35 kampus kita, sekali gus memberi impak besar dalam sistem pendidikan tinggi negara,” katanya.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, PWS sebagai pemegang amanah wakaf mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengalu-alukan kerjasama mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) untuk melaksanak­an dana wakaf berkenaan.

“Selain UiTM dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kita menjangkak­an 11 IPT lain akan melaksanak­annya di seluruh Selangor selepas memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya.

„ UiTM sasar kutipan dana RM50 juta bangun pelbagai aset wakaf

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia