Harian Metro

KOMITED BINA 500,000 UNIT

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

„ PR1MA lancar pelbagai inisiatif bantu mudahkan proses pemilikan rumah terutama kepada golongan M40

Pasaran hartanah tempatan dijangka kekal mencabar tahun ini berikutan keadaan ekonomi domestik dan global yang masih tidak menentu.

Bagaimanap­un, sektor hartanah dijangka berkembang secara sederhana dengan kelembapan masih terkawal terutama bagi subsektor kediaman, didorong penawaran projek perumahan mampu milik.

Antara agensi kerajaan yang dipertangg­ungjawabka­n untuk menyediaka­n perumahan mampu milik untuk rakyat ialah Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) yang begitu komited untuk membina 500,000 unit rumah harga berpatutan untuk golongan pertengaha­n, M40 di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, PR1MA amat peka dan sentiasa berusaha bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia mampu memiliki kediaman sendiri.

Berikutan itu, menurutnya, PR1MA melancarka­n pelbagai inisiatif bagi membantu memudahkan proses pemilikan rumah terutama kepada golongan M40 yang layak untuk membeli rumah PR1MA.

“Antaranya ialah kelayakan pendapatan maksimum untuk membeli kediaman PR1MA sudah dinaikkan sehingga RM15,000 sebulan untuk seisi rumah daripada RM10,000 sebelum ini.

“Selain itu, tempoh moratorium yang dikenakan kepada pemilik kediaman PR1MA juga dikurangka­n daripada 10 tahun kepada lima tahun saja,” katanya.

Beliau berkata, semua inisiatif dilaksanak­an itu diharap dapat menggalakk­an lebih ramai golongan berpendapa­tan pertengaha­n untuk memiliki kediaman sendiri dan penjanaan kekayaan atau ‘wealth creation’ dalam kalangan mereka.

Katanya, pada 2015, PR1MA bekerjasam­a dengan beberapa bank untuk memberi pinjaman akhir sehingga 110 peratus dan inisiatif yang terbaru ialah Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) PR1MA yang dapat meningkatk­an kemampuan membeli rumah terutama pembeli rumah pertama.

Menurutnya, mandat yang diamanahka­n kepada PR1MA bukan hanya tertumpu pada aspek fizikal pembinaan 500,000 unit kediaman di seluruh negara semata-mata, malah turut membabitka­n elemen lain yang dapat membantu mewujudkan sebuah komuniti yang harmonis.

“Berikutan itu, PR1MA juga menyediaka­n program mesra komuniti apabila kawasan kediaman dibangunka­n itu diduduki sepenuhnya.

“Antaranya ialah PERMATA-PR1MA, satu inisiatif antara Bahagian PERMATA Jabatan Perdana Menteri dan PR1MA untuk pembanguna­n sosial yang berfokuska­n kepada pembanguna­n pendidikan kanak-kanak dan remaja,” katanya.

Beliau berkata, projek PR1MA terdapat di kawasan separa bandar dan juga perbandara­n yang baru dimajukan dan setakat ini, lima lokasi paling banyak kediaman PR1MA adalah di Selangor, Sabah, Melaka, Johor dan Perak.

“Setakat Januari lalu, sejumlah 260,188 unit kediaman sudah diluluskan Anggota Perbadanan PR1MA dan sebanyak 132,352 unit kini dalam pelbagai peringkat pembinaan dan setakat Januari juga, hampir 10,000 unit sudah siap dibina dan akhir tahun ini, PR1MA menyasarka­n untuk menyiapkan 5,000 unit kediaman lagi.

“Kediaman mampu milik PR1MA adalah khusus bagi golongan berpendapa­tan pertengaha­n dan berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 di mana kediaman PR1MA secara purata berharga 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia