Harian Metro

BUKA CAWANGAN BARU

„ Courts tawar lebih 1,500 produk di Kompleks Karamunsin­g

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Courts menawarkan lebih 1,500 produk melalui cawangan terbarunya di Kompleks Karamunsin­g, dengan keluasan melebihi 1,858 meter persegi, bermula semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Dolf Posthumus berkata, pihaknya menawarkan pelbagai barangan elektrik dan perabot yang berkeluasa­n lebih 557 meter persegi daripada cawangan pertama sebelum ini di Taipan, Inanam.

“Pembukaan cawangan baru itu membolehka­n ia menampung pelbagai produk yang lebih luas di semua kategori termasuk konsep kedai yang unik serta pelbagai kelengkapa­n barangan elektrik dan digital.

“Kami turut menawarkan jenama yang unik termasukla­h Samsung, Sony dan LG, serta konsep fotografi yang memberikan peluang kepada pelanggan untuk menguji kamera terbaru dan terkini sebelum pembelian,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pembukaan cawangan baru Courts di Kompleks Karamunsin­g, semalam.

Hadir sama, Pengurus Courts Cawangan Kompleks Karamunsin­g, Budiman Hazmi, Pengurus Courts Bahagian Malaysia Timur, Yong Hon Wai dan Pembantu Pengurus Courts Cawangan Karamunsin­g, Siti Anna Nurfaiqah Muhammad Din.

Dolf berkata, cawangan baru itu direka khas bagi memenuhi keperluan dan permintaan masyarakat di negeri ini, di samping memberi pengalaman membeli-belah yang memudahkan akses mereka kepada produk rumah dan gaya hidup terkini pada harga berpatutan.

Menurutnya, kedai ini juga mempunyai konsep ruang tamu gaya hidup yang mempamerka­n suasana sebenar yang membolehka­n untuk meraih inspirasi dan membayangk­an rumah impian pelanggan apabila membeli-belah.

“Courts kini sudah membuka 68 cawangan di seluruh negara dan bakal membuka lebih banyak cawangan di negeri ini.

“Courts menawarkan potongan harga dengan penjimatan sehingga 80 peratus bagi tempoh dua minggu sempena pelancaran pembukaan cawangan baru ini,” katanya.

Katanya, bemula semalam sehingga 16 Mac ini, Courts menawarkan promosi pelancaran dalam stor eksklusif termasuk pemberian 200 bantal untuk pelanggan bertuah dan barangan berharga hanya RM1 dan seterusnya.

 ??  ?? DOLF (dua dari kanan) bersama Budiman (kanan), Pengurus Courts Bahagian Malaysia Timur, Yong Hon Wai (dua dari kiri) dan Siti Anna Nurfaiqah pada pembukaan cawangan baru Courts di Kompleks Karamunsin­g, Kota Kinabalu.
DOLF (dua dari kanan) bersama Budiman (kanan), Pengurus Courts Bahagian Malaysia Timur, Yong Hon Wai (dua dari kiri) dan Siti Anna Nurfaiqah pada pembukaan cawangan baru Courts di Kompleks Karamunsin­g, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia