Harian Metro

UNJUR JUAL 100,000 SAHI

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

„ Produk makanan

tambahan optimis tembusi

pasaran Indonesia

Sahi Elements Resources, syarikat yang mengeluark­an produk jenama SAHI menyasar untuk menjual kira-kira 100,000 unit SAHI sebelum akhir tahun ini berbanding sebanyak 50,000 botol yang dijual, setakat ini.

Pengasas Bersamanya, Norelissa Idayu Zainal Abidin berkata, sasaran itu yakin dicapai didorong oleh penembusan produk ke pasaran baru iaitu Indonesia yang dijangka pada Mac ini.

“SAHI adalah makanan tambahan yang membantu merawat masalah kulit daripada dalam untuk menghilang­kan jerawat dan jeragat serta berfungsi memulihkan masalah dalaman wanita seperti senggugut dan pelawasan.

“Tablet kunyahan ini diperbuat daripada sarang burung dan gel lidah buaya tanpa mengandung­i kolagen. Berperisa laici, kami menggunaka­n dedak padi berbanding kolagen kerana ia mengandung­i khasiat 10 kali lebih baik daripada kolagen tambahan sekali gus membuatkan SAHI menjadi produk pemangkin dalam menghasilk­an kolagen secara semula jadi,” katanya pada majlis pelancaran SAHI, di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, dengan tambahan bahan seperti buah tin, kismis, madu, kurma dan vitamin C, SAHI bukan saja dapat mencerah dan menghalusk­an kulit wajah, malah membantu untuk memberi tenaga tambahan terutama kepada ibu mengandung (empat bulan ke atas), pelajar yang sibuk dengan jadual harian dan ibu yang bekerja.

Selain itu, SAHI sesuai untuk semua golongan berumur 13 tahun ke atas ini juga membantu melancarka­n sistem haid yang tidak teratur, membantu dalam masalah percernaan, memulihkan rekahan pada tapak kaki serta dapat membantu menghilang­kan ruam pada badan pengguna.

Noor Aimi yang menggunaka­n platform dalam talian secara meluas berkata, dengan bermodalka­n RM400, pihaknya berhasrat untuk menambah sehingga 100 ejen lagi tahun ini berbanding 30 ejen dan stokis di seluruh negara, setakat ini.

“Bagi mengembang­kan lagi perniagaan, kami merancang untuk memasuki pasaran offline dengan menjual produk di kedai selain memberi fokus kepada penambahan jumlah pemborong,” katanya.

Pada masa akan datang, Sahi Elements Resources bakal tampil dengan produk lain antaranya KRASA, iaitu minuman susu kambing untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman.

SAHI yang dijual pada harga bermula RM49 itu boleh didapatkan di Instagram (@sahisarang­burung_hq) dan Facebook, (Petua Cantik Tanpa Jerawat).

 ??  ?? NORELISSA menunjukka­n produk SAHI daripada sarang burung.
NORELISSA menunjukka­n produk SAHI daripada sarang burung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia