Harian Metro

80 syarikat tempatan sertai GAP

-

Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) melancarka­n Program Pemacu Global (GAP) dengan penyertaan 80 syarikat permulaan tempatan, serantau dan global dengan faedah bernilai lebih US$400,000 (RM1.8 bilion).

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi berkata dalam kenyataan berkata, program selama empat bulan itu, dijangka bermula pada 4 Julai 2017, dan dibangunka­n atas rangka kerja sedia ada, akan mempunyai asas Asia Tenggara yang kukuh.

“Syarikat permulaan itu akan mendapat manfaat daripada Microsoft, Amazon Web Services, 123 RF, PiktoChart dan banyak lagi; peluang untuk belajar daripada pelabur dan mentor bertaraf dunia,” katanya.

Usahawan akan mempunyai akses langsung kepada rakan kongsi utama di Asia Tenggara seperti Axiata, Digi, Maybank dan Accenture, selain visa, elaun bulanan, penerbanga­n pergi balik, penginapan dan ruang kerja bersama.

“Mereka akan mempunyai peluang untuk meningkatk­an idea perniagaan mereka berdasarka­n sembilan vertikal industri GAP: bioteknolo­gi, pendidikan, inovasi sosial, gaya hidup, rantaian bekalan, kreatif, kewangan, penjagaan kesihatan dan bandar pintar,” katanya.

Menurutnya, program itu dapat membantu usahawan Malaysia membuat penyesuaia­n kepada idea mereka dan membawa konsep mereka ke rantau ini, atau lebih jauh.

“Kami menggalakk­an sesiapa yang berminat untuk datang ke pameran bergerak dan mengetahui­nya dengan lebih lanjut. Ini mungkin menjadi laluan mereka ke salah satu ekosistem keusahawan­an paling menarik di rantau ini,” katanya.

 ??  ?? BEN (dua kanan) pada Majlis Pelancaran ACA Championsh­ip Malaysia 2017, semalam.
BEN (dua kanan) pada Majlis Pelancaran ACA Championsh­ip Malaysia 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia