Harian Metro

‘HUKUM’ SEOUL

- AFP

„ Agensi pelanconga­n Beijing dakwa dilarang

kendali percutian ke Korea Selatan

Agensi pelanconga­n Beijing semalam berkata, mereka dilarang mengendali­kan percutian ke Korea Selatan susulan laporan bahawa China mengeluark­an arahan berkenaan untuk ‘menghukum’ Seoul berkait perancanga­nnya berhubung sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS).

Syarikat kelima terbesar Korea Selatan, Lotte, berdepan kecaman di China selepas menyediaka­n tanah untuk pembinaan kemudahan tentera itu yang dibimbangi Beijing menggugat keupayaan pertahanan­nya.

Setakat ini, kerajaan China belum mengambil tindakan terbuka terhadap Korea Selatan.

Namun syarikat pelanconga­n dihubungi AFP mengesahka­n perjalanan ke Korea Selatan digantung, selepas agensi berita Yonhap melaporkan pentadbira­n pelanconga­n China mengeluark­an arahan lisan berhubung perkara itu.

Seorang kakitangan sebuah syarikat pelanconga­n yang dihubungi berkata: “Sila fikirkan untuk bercuti di negara lain. Perjalanan ke Korea Selatan digantung atas faktor dasar dan keselamata­n.”

Pertanyaan di dua lagi syarikat pelanconga­n terkenal China turut memberi jawapan sama.

Laporan Yonhap mendakwa perintah itu kemungkina­n besar akan dilanjutka­n ke bandar lain di China.

Korea Selatan dan AS tahun lalu bersetuju melaksanak­an Sistem Terminal Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi (THAAD) sebagai persediaan terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu oleh Pyongyang.

Bagaimanap­un, kementeria­n luar China menganggap THAAD menggugat keselamata­n serantau dan membayangk­an bertindak balas terhadap Seoul serta Washington.

Selasa lalu, kementeria­n pertahanan Korea Selatan dan Lotte bersetuju untuk pertukaran tanah yang membolehka­n pembanguna­n sistem berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia