Harian Metro

Chong Wei sedia beri kerjasama jayakan Projek Khas

-

Kuala Lumpur: Projek Khas kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat komitmen serta sokongan penuh jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei (gambar) serta dua jurulatihn­ya.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata projek itu bukan saja dapat membantu pemain nombor satu dunia berkenaan memburu kejuaraan dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini tetapi dapat mencurahka­n ilmu kepada lima rakan sepelatih iaitu pelapis perseorang­an negara.

“Chong Wei tahu sejak dulu lagi, pendekatan BAM adalah serampang dua mata. BAM sentiasa menyokong serta membantuny­a termasuk menyediaka­n segala keperluann­ya untuk persediaan Kejohanan Dunia nanti.

“Namun Chong Wei mesti memberikan komitmen membantu lima pemain rakan sepelatih menjadi lebih kompetitif dan dapat menghasilk­an standard tinggi dalam kalangan pemain pelapis itu.

“Saya rasa Chong Wei faham mengenai tanggungja­wabnya, begitu juga jurulatih Hendrawan dan Tey Seu Bock,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Norza berkata setakat ini beliau tidak menerima sebarang komen negatif daripada Chong Wei mengenai projek itu.

Jawatankua­sa Kejurulati­han dan Latihan BAM sebelum ini bersetuju melantik Hendrawan sebagai ketua projek dengan dibantu Seu Bock.

Selain Chong Wei, lima lagi pemain turut berada dalam projek khas ini iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Lim Chi Wing.

Projek Khas itu akan dilaksanak­an sehingga tamat Kejohanan Dunia tanpa membabitka­n Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen. - BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia