Harian Metro

UMPAMA NYAWA SENDIRI

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

„ Zhafri sangat mementingk­an aspek penjagaan

kereta demi keselesaan pemanduan

Sudah menjadi kebiasaan apabila seorang pemain bola sepak mempunyai hobi hampir sama - memiliki kereta dan kemudian mencantikk­annya untuk menjadi lebih menarik.

Perkara sama berlaku kepada rata-rata pemain bola sepak profesiona­l di negara ini dengan hampir sebahagian besarnya mendapat inspirasi daripada pemain bola sepak luar negara yang bergaji lebih besar.

Namun tidak untuk pemain Kuala Lumpur Zhafri Yahya. Meskipun mengakui mempunyai hobi sama seperti pemain

bola sepak lain, namun titik kepada meminati kereta berbanding jentera dua roda adalah daripada keluargany­a sendiri.

“Saya meminati kereta kerana keluarga terutama ibu bapa tak bagi menunggang motosikal berkuasa besar.

“Sebab mereka sudah alami pengalaman saksikan abang saya sering terjatuh dan kemudian cedera apabila tunggang motosikal.

“Jadi apabila tiba giliran saya, keluarga sudah tak bagi beli motosikal berkuasa tinggi.

“Kalau tanya, memang saya minat untuk beli motosikal, tapi perlu menghormat­i keputusan keluarga,” katanya.

Jelas pemain tengah berusia 23 tahun itu, halangan keluargany­a itu juga demi kebaikan dirinya sebagai pemain bola profesiona­l.

“Mereka tahu bagaimana kerjaya saya sebagai pemain profesiona­l. Mereka tak mahu saya mengalami kecederaan sebab kalau cedera ibu jari kaki pun akan beri kesan besar terhadap latihan dan perlawanan sebenar,” katanya.

Jelas Zhafri, kereta pertama dibelinya adalah jenis Honda Civic yang digunakan kira-kira dua tahun sebelum menjualnya.

“Itu kereta pertama dan saya tidak melakukan apa-apa. Pendek kata ia kereta yang standard saja.

“Sebab ketika itu, saya hanya beraksi untuk skuad Piala Presiden. Jadi belum mampu untuk mencantikk­an kereta,” katanya.

Kini Zhafri mempunyai sebuah kereta jenama Chevrolet Cruze yang umpama nyawanya sendiri kerana dia sentiasa mementingk­an aspek penjagaan kereta.

“Saya sudah gunakan kereta ini tiga tahun. Bagi saya kerana ini lebih selesa untuk dipandu.

“Lagipun saya memang suka jenama kereta yang tidak selalu digunakan di sini dan Chevrolet jenama berkualiti.

“Setakat ini saya ada melakukan beberapa perubahan seperti menukar rim dan aksesori lain,” katanya.

Ditanya adakah dia akan terus setia dengan kereta itu, Zhafri berkata, tidak mustahil juga

untuknya menukar kepada jenama lain.

“Salah satu model yang minat Range Rover. Tapi buat masa sekarang tak mampu untuk membelinya. “Mungkin selepas dapat memenuhi impian itu, saya akan mula meletakkan sasaran untuk membeli kereta lebih mewah seperti Ferrari dan Ford Mustang,” katanya.

 ?? Zhafri Yahya ?? ZHAFRI menukar rim lebih ‘sporty’. Mereka tahu bagaimana kerjaya saya sebagai pemain profesiona­l. Mereka tak mahu saya mengalami kecederaan sebab kalau cedera ibu jari kaki pun akan beri kesan besar terhadap latihan dan perlawanan sebenar”
Zhafri Yahya ZHAFRI menukar rim lebih ‘sporty’. Mereka tahu bagaimana kerjaya saya sebagai pemain profesiona­l. Mereka tak mahu saya mengalami kecederaan sebab kalau cedera ibu jari kaki pun akan beri kesan besar terhadap latihan dan perlawanan sebenar”
 ??  ??
 ?? FOTO: AMIRUDIN SAHIB ??
FOTO: AMIRUDIN SAHIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia