Harian Metro

ELEMEN RAWATAN PANAS & SEJUK

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

„ Suhu tinggi digunakan merawat

kecederaan kronik „ Suhu rendah digunakan merawat kecederaan akut

Rawatan menggunaka­n elemen panas dan sejuk sudah sekian lama diamalkan pengamal perubatan bagi mengatasi masalah kecederaan malah ia juga boleh dipraktikk­an di rumah juga. Cukup dengan sehelai tuala lembap yang panas atau sebungkus ais, ia dikatakan mampu menyelesai­kan masalah kecederaan seperti kesakitan dan bengkak.

Namun dari perspektif perubatan dan sains sukan, penggunaan elemen panas dan sejuk dilihat lebih spesifik dan khusus kepada jenis dan tahap kecederaan.

Menurut Pegawai Belia dan Sukan Pusat Fisiologi Senam Institut Sukan Negara (ISN) Ng Hui Hwa rawatan panas digunakan untuk atlet yang mengalami kecederaan kronik manakala rawatan sejuk bagi atlet dengan kecederaan akut.

“Kecederaan kronik adalah kecederaan yang berlaku secara berpanjang­an manakala kecederaan akut pula membabitka­n kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba,” kata beliau.

Misalnya sekiranya seseorang itu terkehel atau terseliuh, kecederaan pada peringkat awal yang menyebabka­n bengkak atau radang dikenali sebagai kecederaan akut namun apabila kecederaan sama berlaku selepas itu tanpa kesan bengkak ia dikategori­kan sebagai kecederaan kronik.

“Rawatan sejuk membantu untuk mengurang atau mengelakka­n kecederaan daripada terus bengkak dan mengalami keradangan malah boleh menghentik­an kecederaan tisu di sekeliling kawasan yang cedera.

“Bagi rawatan panas, sekiranya kita letakkan haba pada kawasan yang mengalami kecederaan kronik, ia akan membantu otot menjadi lebih fleksibel selain melegakan kecederaan, kekejangan dan kesakitan berpanjang­an di kawasan itu.”

Ditanya mengenai kesan fisologi terhadap rawatan sejuk, Hui Hwa menjelaska­n kesannya sama seperti makan makanan sejuk di mana ia membuat anda ‘berkerut’, begitu jugalah impak rawatan sejuk terhadap sel di mana ia akan mengecutka­n otot di kawasan tercedera.

Jelasnya sama ada rawatan sejuk itu membabitka­n rendaman di dalam air sejuk atau meletakkan pek ais pada kawasan yang cedera, ia akan mengecutka­n dan menyempitk­an salur darah di kawasan terbabit.

“Sebaik salur darah menjadi sempit, darah akan kurang mengalir ke tempat cedera seterusnya mengelakka­n kecederaan tisu, bengkak dan keradangan yang berpanjang­an,” kata Hui Hwa.

“Rawatan panas pula memberi kesan sebaliknya di mana ia mengembang­kan saluran darah dan oleh itu pengaliran darah akan lebih pantas ke kawasan yang mengalami kesakitan berpanjang­an.

“Pada masa sama oksigen dan nutrien yang diangkut menerusi darah akan dibawa ke kawasan terbabit bagi membantu pemulihan otot yang mengalami kecederaan.”

Apa yang pasti menurut beliau, kesan yang dibawa kedua-dua rawatan terbabit adalah berbeza kerana rawatan sejuk bertujuan untuk mengelak bengkak sementara rawatan panas memastikan otot yang keras akibat kecederaan lama menjadi lebih fleksibel.

Memandangk­an rawatan panas dan sejuk boleh dibuat menggunaka­n air, pasti ramai membayangk­an ia boleh dibuat sendiri di rumah, namun bagi atlet, apa saja yang mereka lakukan perlu dipantau supaya kecederaan lanjutan tidak berlaku sekiranya suhu terlalu panas atau terlalu sejuk.

Menurut Hui Hwa, atlet akan diajar terlebih dahulu bagaimana sesuatu rawatan itu dilakukan sebelum menyerahka­n kepada mereka untuk melakukann­ya sendiri.

Rawatan sejuk boleh dilakukan dengan meletak air yang ditambah ais di dalam tab mandi dan termometer diperlukan untuk mengukur suhu di antara 10 hingga 15 darjah selsius dengan rendaman dalam tempoh lima hingga 15 minit.

“Bagaimanap­un untuk rawatan panas, kita galakkan ia dibuat bersama-sama rawatan sejuk. Mengikut penyelidik­an, sekiranya rawatan panas saja dilakukan ia tidak akan membawa manfaat. Perlu diingatkan rawatan panas hanya untuk kecederaan kronik,” katanya.

“Ada atlet menyangka rawatan panas yang diberi sewaktu mula cedera atau sakit akan membuat mereka berasa lebih lega tetapi selepas rawatan dialihkan dan kesan panas hilang, mereka akan rasa lebih sakit kerana kecederaan menjadi semakin teruk dan keradangan sudah pun berlaku dan bengkak.

“Justeru kita tidak galakkan mereka yang mengalami kecederaan dalam tempoh 72 jam untuk menggunaka­n rawatan panas.”

Ia bertepatan dengan pendekatan PRICES (Protect, Rest, Ice, Compressio­n, Elevation, Support/Lindung, Rehat, Ais, Tekanan, Angkat, Sokong) di mana rawatan menggunaka­n ais penting sebagai langkah awal menangani masalah kecederaan sejurus ia berlaku.

“Rawatan panas dan sejuk dapat mengurangk­an kesakitan tetapi saya masih menggalakk­an atlet bertemu pegawai perubatan untuk mendapatka­n maklumat selanjutny­a apa yang sebenarnya berlaku di dalam sama ada otot atau ligamen terkoyak.

“Pada masa sama kita perlu kenalpasti sama ada mereka pernah mengalami kecederaan sebelum ini sebelum memberi rawatan panas atau sejuk.”

 ??  ??
 ??  ?? PENGGUNAAN pek panas/sejuk perlu sesuai dengan jenis kecederaan.
PENGGUNAAN pek panas/sejuk perlu sesuai dengan jenis kecederaan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia