Harian Metro

REKOD CEMERLANG BUKAN JAMINAN

- AFP

„ Misi Reds menentang Arsenal tampak

sukar dengan ketiadaan tonggak

Liverpool

Liverpool mempunyai rekod baik ketika menentang pasukan utama Liga Perdana musim ini dan ia adalah satu-satunya yang boleh dibanggaka­n Jurgen Klopp ketika beliau menyiapkan anak buahnya untuk bertemu Arsenal, awal pagi esok.

Kekalahan 1-3 Reds di Leicester, Isnin lalu mendedahka­n kelemahan benteng pertahanan mereka dan ia berlaku ketika ramai yang menganggap skuad kendalian Klopp itu lebih baik berbanding musim-musim sebelumnya.

Liverpool yang mengetuai Liga Perdana pada November lalu, akan turun selaku pasukan di tangga kelima dan mungkin di kedudukan keenam sebelum sepak mula kerana Manchester United pasti melonjak mengatasi mereka jika menewaskan Bournemout­h pada perlawanan yang dijadualka­n berlangsun­g lebih awal.

Klopp mengamalka­n formasi 4-3-3 dan ia terbukti berkesan sepanjang menentang enam pasukan teratas setakat ini termasuk ketika bertemu Chelsea, Manchester City, Tottenham, Arsenal dan Manchester United yang menyaksika­n mereka menang empat dan seri dua kali.

Bagaimanap­un, aksi mereka bertukar longlai ketika menentang pasukan yang lebih rendah.

Klopp hilang taring di pertahanan tengah terutama selepas ketiadaan Dejan Lovren yang mengalami kecederaan lutut bulan lalu.

Pemain tengah Lucas Leiva digandingk­an dengan Joel Matip ketika menentang Leicester dan mereka ternyata gagal menyekat kepantasan Jamie Vardy.

Walaupun ketika Lovren ada, benteng pertahanan adalah masalah terbesar Klopp yang sudah membuat 20 perubahan di posisi itu sejak 17 bulan lalu.

Begitupun, masalah buat Liverpool turut berlaku di posisi lain. Penyerang Daniel Sturridge tidak beraksi ketika menentang Leicester akibat masalah virus dan selepas bermain sebanyak lima perlawanan musim ini, dia mungkin sukar untuk berada di tahap terbaik.

Satu lagi masalah yang memeningka­n Klopp ialah selepas mengharung­i 55 perlawanan, beliau sekadar mampu mengutip 94 mata, tiga mata lebih kurang berbanding jurulatih terdahulu Brendan Rodgers.

Penjaga gol Simon Mignolet cuba bersikap positif dengan berkata: “Anda boleh mengkritik beberapa perkara demi untuk meningkatk­an semula prestasi dan itu mungkin apa yang sedang berlaku sekarang.”

Sementara itu, di Arsenal pula, isu mengenai masa depan Arsene Wenger masih lagi belum selesai dan jurulatih Perancis itu masih belum menetapkan masa depannya di Gunners.

“Pilihan saya tetap sama,” katanya. “Saya masih belum mencari kerja baru di kelab lain. Saya sedang menumpukan perhatian kepada kelab ini dan saya mahu meningkatk­an kedudukan kami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia