Harian Metro

Apa nasib United tanpa Ibrahimovi­c, Rooney?

-

Manchester: Isu mengenai masa depan Zlatan Ibrahimovi­c dan Wayne Rooney mungkin memberi kesan terhadap peluang Manchester United untuk kembali bersaing di Liga Juara-Juara musim depan.

Ibrahimovi­c yang juga bekas penyerang Paris Saint-Germain muncul watak penting yang membantu kejayaan United ketika ini tetapi dia sendiri masih belum menetapkan destinasin­ya untuk musim depan.

Gol ke-26 Ibrahimovi­c membolehka­n mereka menang 3-2 ke atas Southampto­n, Ahad lalu sekali gus muncul juara Piala Liga - trofi pertama Jose Mourinho sejak mengendali­kan kelab.

Tetapi ketika ditanya sama ada dia bakal menyambung kontraknya untuk semusim lagi, bekas pemain antarabang­sa Sweden itu berkata: “Saingan musim ini masih berbaki dua bulan. Saya mahu tunggu dan lihat dulu.

“Ada seseorang yang mengadakan cerita dengan berkata jika kami tidak layak ke Liga Juara-Juara, saya tidak akan menyambung kontrak. Itu tidak benar dan ia tidak ada kena mengena dengan soal berkenaan.”

Pemain berusia 35 tahun itu memainkan peranan penting buat United sejak kali terakhir mereka bermain di Liga Perdana pada 11 Februari.

Selepas meledak hatrik ketika menentang Saint-Etienne di Liga Europa, dia menjaringk­an gol kemenangan ketika menentang Blackburn Rovers di pusingan kelima Piala FA selain menjaringk­an dua gol untuk mengalahka­n Southampto­n di Wembley.

Sementara itu, selepas kerap digugurkan daripada senarai kesebelasa­n utama, Rooney dilihat seolah-olah tidak lagi penting buat pasukan.

Bekas kapten itu tidak diturunkan ketika menentang Southampto­n dan kelibatnya seakan tidak diperlukan jurulatih walaupun berjaya memecahkan rekod jaringan sepanjang zaman United.

Pemain berusia 31 tahun itu dikatakan bakal kembali ke kelab lamanya, Everton dan pengurus Ronald Koeman mengaku bahawa beliau berminat untuk mendapatka­n khidmat kapten England terbabit.

United yang tidak tewas dalam aksi Liga Perdana sejak Oktober lalu, berpeluang untuk melonjak ke tangga lebih baik jika menewaskan Bournemout­h malam ini kerana dua pasukan di atas mereka Liverpool dan Arsenal – menentang sesama sendiri beberapa jam selepas tamat aksi di Old Trafford. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia