Harian Metro

Tragedi Torres

- Reuters

Kecederaan kepala yang dialami Fernando Torres mengejutka­n rakan sepasukann­ya di Atletico Madrid yang tergamam melihat bekas bintang Liverpool itu terpaksa diusung keluar menjelang hujung permainan yang menyaksika­n pasukannya seri 1-1 dengan Deportivo La Coruna.

Kenyataan yang dikeluarka­n Atletico menyebut Torres, 32, cedera di kepala dan terpaksa dirawat di sebuah hospital di Coruna. Penyerang itu berlaga ketika cuba merebut bola sebelum terjatuh dengan kepalanya terhentak ke padang.

“Kami sangat bimbang dengan insiden yang menimpanya. Saya terdengar bunyi bising di bangku simpanan, saya tidak pasti sama ada kecederaan itu berlaku di kawasan lehernya tetapi dia merasa sangat tidak selesa. Inilah perkara menakutkan yang boleh berlaku di dalam bola sepak,” kata jurulatih Diego Simeone.

“Kami mengharapk­an yang terbaik buat Fernando, ia adalah situasi yang sangat menyedihka­n buat Deportivo dan pemain Atletico.”

Torres masuk di babak kedua ketika menentang Deportivo dan ia adalah penampilan ke-100 bersama Atletico sejak kembali ke kelab lamanya itu pada Januari 2015. Dia yang tidak bergerak sejurus terjatuh, mengakibat­kan Stadium Riazor tergamam dan terdiam seketika.

Torres sangat disenangi oleh peminat Atletico kerana sumbangann­ya terhadap kelab yang diminatiny­a sejak kecil itu. Namanya juga cukup harum terutama selepas menjaringk­an gol kemenangan buat Sepanyol di final Kejohanan Eropah 2008 ketika menentang Jerman.

“Ia sesuatu yang tidak mahu kita lihat dan ia bukan sering dapat disaksikan. Justeru, kami semua terkejut,” kata pertahanan Atletico Filipe Luis.

“Perkara paling penting ialah dia akan pulih semula. Torres bukan saja sangat bermakna

„ Penyerang kegemaran Atletico diusung keluar selepas berlaga kepala dengan pemain Deportivo

buat kelab dan pasukan tetapi dia juga adalah antara individu paling baik yang pernah saya kenali.”

Antoine Griezmann menambah: “Bilik persalinan kami senyap sunyi dan tidak ada sesiapa yang mahu berbual. Semua pemain kelihatan bimbang kerana apa yang berlaku ke atas Torres, tidak siapa yang mahu membicarak­an soal keputusan perlawanan.”

Griezmann menyamakan kedudukan buat Atletico di minit ke-68 selepas Florin Andone menjaringk­an gol pendahulua­n Deportivo di minit ke-13.

 ??  ?? GRIEZMANN (kiri) menjaringk­an gol penyamaan buat At let ico . TORRES berlaga kepala dengan pemain Deportivo. TORRES (bawah) diberi rawatan pasukan perubatan.
GRIEZMANN (kiri) menjaringk­an gol penyamaan buat At let ico . TORRES berlaga kepala dengan pemain Deportivo. TORRES (bawah) diberi rawatan pasukan perubatan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia