Harian Metro

‘KAMI DAH SEDIA’

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Kim Swee optimis aksi di Pyongyang tak jadi masalah buat Harimau Malaysia

Aksi di Pyongyang bukan masalah buat skuad Harimau Malaysia yang sedia bertandang bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara pada 28 Mac ini.

Menurut pengendali Datuk Ong Kim Swee beliau percaya anak buahnya akan tetap bersedia untuk berdepan lawannya itu tidak kira di mana venue ditetapkan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC).

“Kami hanya mematuhi

(gambar),

arahan, jika AFC menetapkan bermain di Pyongyang, kami akan pergi. Tiada masalah kerana perancanga­n pasukan sudah diatur awal.

“Saya percaya soal keselamata­n tidak perlu difikirkan sekiranya jaminan sudah diberikan

AFC dan pihak Wisma

Putra,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan Harimau Malaysia akan ke Pyongyang selepas Wisma Putra memberi lampu hijau di sebalik kebimbanga­n mengenai aspek keselamata­n di sana.

FAM sebelum ini mengemukak­an permohonan kepada AFC supaya mempertimb­angkan mengenai perubahan venue perlawanan selepas timbulnya sedikit ketegangan hubungan diplomatik kedua-dua negara susulan kes kematian abang ipar pemimpin Korea Utara Kim Jong-un iaitu Kim Jong-nam yang dipercayai mati dibunuh di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

Dalam pada itu Kim Swee membuat keputusan untuk mengadakan latihan pusat lebih awal pada 13 Mac ini berbanding 19 Mac seperti rancangan awal dengan memanggil 27 pemain.

Bagaimanap­un pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) dan FELDA United hanya melaporkan diri selepas perlawanan Piala AFC.

Beliau menafikan akan memanggil pemain yang sudah bersara sebelum ini bagi menghadapi kempen kelayakan itu.

“Setakat ini saya tidak mendapat apa-apa kenyataan rasmi yang menyatakan ada pemain bersara mahu keluar daripada persaraan.

“Jadi buat masa ini saya lebih fokus kepada pemain lain yang memberikan prestasi terbaik dalam saingan liga serta beberapa aspek lain,” katanya yang akan kembali ke tanah air Rabu ini selepas selesai program kejurulati­han di Queens Park Rangers, London.

Antara pemain utama yang bersara sebelum ini ialah bekas kapten Safiq Rahim, S Kunanlan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Amirulhadi Zainal dari kelab Johor DT.

Sebelum berlepas ke Pyongyang, Harimau Malaysia mengadakan aksi pemanas badan dengan Filipina di Manila pada 22 Mac ini.

 ??  ?? KIM Swee akan mengadakan latihan pusat lebih awal pada 13 Mac ini.
KIM Swee akan mengadakan latihan pusat lebih awal pada 13 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia