Harian Metro

Bernhardt fokus bentuk skuad mantap

-

Kuala Lumpur: Biarpun kedudukann­ya dikatakan goyah dengan perubahan kepimpinan baru Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas Kongres ke-53 pada 25 Mac ini, pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Frank Bernhardt tetap fokus dengan perancanga­nnya membentuk skuad mantap menghadapi Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, Ogos ini.

Katanya, beliau langsung tidak memikirkan mengenai spekulasi itu sebaliknya menyerahka­n sepenuhnya keputusan kepada pihak pengurusan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi.

“Saya bekerja sepanjang masa, kami sedang membuat persiapan rapi untuk membentuk pasukan terbaik. Jika ada keputusan lain saya tak boleh mengubahny­a. Saya masih ada kontrak sehingga hujung tahun ini,” katanya kepada Arena Metro.

Kemampuan skuad muda negara ini yang diletakkan sasaran untuk memenangi pingat emas Sukan SEA masih diragui berdasarka­n keputusan semasa.

Dalam aksi terakhir perlawanan persahabat­an dengan Vietnam B-22 menyaksika­n mereka tewas 0-3 bulan lalu manakala hanya seri 0-0 menentang Filipina, pada Disember.

Salah seorang calon yang bertanding merebut jawatan Presiden FAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebelum ini menyatakan persiapan pasukan itu teruk dan bersedia untuk membantu sekiranya dipilih menduduki kerusi nombor satu FAM.

Salah satu kekangan perancanga­n Bernhardt apabila sehingga kini masih belum pasti sama ada dapat mengumpul semua pemain dalam sesi latihan pusat selama tiga bulan bermula Mei ini.

“Masalah bila kita mengadakan latihan pusat dan tidak dapat memanggil semua pemain. Saya fikir kena tunggu 25 Mac ini jika ada keputusan lain. Saya tidak tahu lagi jadi saya perlu tunggu keputusan (latihan pusat pada Mei),” katanya.

Bernhardt akan memanggil 28 pemain bagi sesi latihan pusat bermula 12 Mac ini bagi menghadapi Kejohanan B-23 Piala Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 20 hingga 28 Mac depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia