Harian Metro

Perubahan agenda wajib perlu dilakukan presiden baru

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

London: “Siapapun yang terpilih menjadi Presiden FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) pastinya mempunyai visi untuk membangunk­an bola sepak negara,” kata ketua jurulatih Datuk Ong Kim Swee.

Menurutnya, ini akan memberi kelebihan kepada bola sepak negara namun apa yang penting ketika ini adalah melakukan perubahan.

Katanya, ia bukan saja tertakluk kepada pemimpin peringkat atasan tetapi juga pegawai bawahan perlu bersama-sama memastikan pembanguna­n bola sepak negara berjalan lancar.

“Antara yang perlu diambil perhatian adalah kelengkapa­n kemudahan bola sepak negara ini dan program pembanguna­n bermula dari peringkat awal.

“Kalau kita lihat kelengkapa­n kemudahan di kelab QPR (Queens Park Rangers) ini bukan saja untuk pasukan utama tapi juga pasukan bawah 23 tahun mereka.

“Konsep ini juga diguna pakai semua kelab di England. Mereka mementingk­an dan program pembanguna­n yang ditekankan dengan lebih khusus untuk mendapat keputusan yang baik,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, berdasarka­n pengalaman­nya hampir sebulan di kelab QPR, mereka bukan saja mementingk­an latihan dan disiplin di atas padang tetapi juga di luar padang.

Katanya, beliau berharap semua ilmu yang diperoleh sepanjang pendedahan­nya di kelab London itu dapat dimanfaatk­an dan dicurahkan kepada pasukan negara untuk mencipta lebih banyak kejayaan kelak.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kedudukann­ya selaku ketua jurulatih negara selepas berlaku perubahan kepimpinan, Kim Swee menegaskan itu terpulang kepada pemimpin baru nanti.

“Setiap pemimpin yang datang mempunyai visi dan idea masing-masing. Jika mereka merasakan perlu perubahan maka saya akur.

“Kepentinga­n negara harus diletakkan di tahap paling tinggi dan jika kepimpinan baru merasakan saya perlu keluar, saya harus terima,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia