Harian Metro

BANTAHAN RASMI

- Muhaamad Hafis Nawawi sukan@hmetro.com.my

KFA hantar surat kepada FMLLP berhubung mutu pengadilan

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sudah menghantar surat bantahan rasmi semalam kepada Usaha Sama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berhubung mutu pengadilan selepas pengadil membenarka­n jaringan penyamaan Selangor yang didakwa tidak sah pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang, Selangor, Rabu lalu.

Setiausaha KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, pihaknya sudah menyerahka­n bukti rakaman video kepada FLMP berhubung tindakan Juliano Mineiro bergerak memasuki kawasan kotak penalti sebelum bola sempat disepak Victor Astafei.

Menurutnya, diharapkan pihak FLMP meneliti bantahan itu secara serius kerana kecuaian pengadil boleh menjejaska­n tumpuan pemain.

“Kami tak salahkan sesiapa tapi ini hak kami (KFA) kerana mutu pengadilan seperti itu boleh memberi implikasi pada perlawanan akan datang.

“Kami bukan mempertika­ikan penalti diberikan itu cuma mahu keadilan dibuat sewajarnya.

“Kami sedia menanggung risiko selepas menghantar bantahan ini, tambahan Liga Super baru tujuh perlawanan,” katanya pada sidang media selepas pertemuan bersama lapan kelab penyokong bola sepak Kedah di sebuah hotel di sini, semalam.

Pada perlawanan itu sepakan penalti Victor Astafei berjaya diselamatk­an penjaga gol Kedah Ifwat Ikmal Chek Kassim, namun Juliano Mineiro pantas menyambar bola muntah untuk gol Selangor namun mengundang kontrovers­i apabila dia didakwa bergerak masuk terlebih awal.

Malah kedudukan pemain tengah Selangor itu sebelum menjaringk­an gol di posisi salah kemudianny­a menjadi tular di laman sosial.

Sementara itu, mengulas mengenai perlawanan Liga Super bertemu Melaka di Stadium Darul Aman, malam ini, Aminuddin berkata, Kedah akan cuba mempertaha­nkan rekod tanpa kalah dan berharap mengutip tiga mata penuh.

“Setakat ini kami sudah menang empat perlawanan dan tiga seri dan berada di tempat kedua Liga Super.

“Peluang bermain di laman sendiri akan dimanfaatk­an dan ingin mengutip tiga mata penuh malam esok (malam ini),” katanya.

Terdahulu pada pertemuan itu, wakil kelab penyokong menyuaraka­n beberapa pandangan dan soalan kepada KFA untuk menambah baik pengurusan dan stadium.

Lapan kelab peminat itu adalah Peminat Bolasepak

Kedah (PBK), Arena

Hijau Kuning (AHK),

Prima Herb Red Eagle Friendz Kedah, Jaguh

Utara Fans Club (JUFC), Ultras Kedah 09 (UK09), Kelab Penyokong Darul Aman (KEPDA), Peminat Setia Hijau Kuning (PSJK) dan Hijau Kuning FC (HKFC).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia