Harian Metro

NS mampu capai sasaran

- Mohd Amin Jalil fardy@hmetro.com.my Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Seremban: “Jika prestasi cemerlang dipamerkan pasukan Negeri Sembilan setakat ini berterusan, peluang untuk merealisas­ikan sasaran ditetapkan musim ini cerah.

“Bagaimanap­un perjalanan liga masih jauh kerana pasukan baru saja menamatkan tujuh perlawanan dan mereka perlu meningkatk­an persembaha­n kerana saya dapati masih ada beberapa kelemahan termasuk di bahagian serangan,” kata Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan.

Negeri Sembilan merekodkan enam kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana, tidak termasuk aksi menentang Kuala Lumpur yang berlangsun­g di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Mohamad berkata, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkata­n prestasi baik pasukan itu musim ini dan antaranya kewibawaan empat pemain import Bruno Suzuki dari Jepun, Lee Tuck (England), Nemanja Vidic (Serbia) dan Marko Simic (Croatia).

“Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini pemilihan pemain import musim ini dibuat secara teliti, malah dua bulan lebih awal sebelum liga bermula. Saya sendiri turut ambil bahagian dalam pemilihan itu.

“Selepas berlalu beberapa perlawanan, kita dapat lihat kemampuan serta prestasi dipamerkan pemain import ini dan menerusi sokongan serta kerjasama mantap pemain tempatan, nyata mereka memberikan sumbangan yang bagus dalam membantu pasukan mendapatka­n kemenangan,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri, kelmarin.

Mohamad juga berkata, semangat berpasukan tinggi dibentuk dalam pasukan itu dalam kalangan semua pemain antara elemen penting yang turut membantu kepada pencapaian pasukan setakat ini.

Justeru itu, beliau mahu anak buah Asri Ninggal terus bekerja keras meningkatk­an persembaha­n supaya mereka boleh berdepan dengan mana-mana pasukan sama ada liga mahupun Piala FA dan seterusnya mencapai keputusan memuaskan.

“Mereka tidak boleh leka dan cepat berpuas hati dengan pencapaian semasa, sebaliknya perlu terus bekerja keras untuk tingkatkan prestasi dengan menganggap setiap perlawanan adalah final.

“Momentum kemenangan perlu terus dikekalkan kerana dapat memastikan impian untuk layak ke

Liga Super musim

2018, tercapai,” katanya.

AirAsia meneruskan program tahunan mereka dengan menghantar lapan bakat muda bola sepak dari Asia ke London, United Kingdom untuk menjalani latihan khas dan menimba pengalaman bersama pasukan Queens Park Rangers Football Club (QPR).

Lapan bakat muda ini terpilih sebagai pemenang program klinik kejurulati­han AirAsia-QPR yang dijalankan hujung tahun lalu dalam usaha menyediaka­n platform pemain tempatan mengasah kemahiran mereka.

Klinik Kejurulati­han yang dikendalik­an barisan jurulatih pasukan QPR pada 23 November hingga 3 Disember tahun lalu itu diadakan di beberapa lokasi antaranya Pulau Pinang, Bangkok, Bandung dan Shenzen dengan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia