Harian Metro

Asah skil di London

-

„

disertai lebih 260 pemain berusia 14 hingga 16 tahun.

Sepanjang program di London, lapan bakat muda ini didedahkan dengan pelbagai kemahiran termasuk teknik kawalan bola, teknik hantaran dan rembatan, kelas pemakanan serta pelbagai aspek taktikal lain permainan untuk meningkatk­an kecekapan dan kemahiran mereka di atas padang.

Lapan pemain muda terpilih adalah Mohammad Alif Amzar Mohd Hisham, 17, dan Kengo Lee, 17 (Malaysia), Parin Bunyalakha, 16, dan Sathit Sisophakir­i, 15, (Thailand), Ahludz Dzikri Fikri, 15, Hamsa Medari Lestaluhu, 14, dan Muhammad Alfiqri, 16, (Indonesia) serta Li Te, 14, (China).

Sepanjang lapan hari di London sejak 26 Februari lalu, mereka berkesempa­tan menyertai kursus latihan intensif seminggu bersama barisan jurulatih pelapis QPR dan perlawanan persahabat­an menentang pasukan jemputan.

Mereka turut bertuah menerima beberapa set lengkap pakaian latihan QPR dan cenderamat­a selain berpeluang melawat akademi serta menyaksika­n perlawanan liga kejuaraan QPR bertemu Cardiff City.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun

berkata, program yang dijalankan sejak 2013 ini memberi manfaat kepada lebih 1,000 pemain muda di beberapa negara di Asia.

Katanya, sehingga ke hari ini, seramai 29 pemain muda berpeluang merasai pengalaman berlatih bersama pasukan liga kejuaraan itu di England.

“Ini tahun keempat klinik kejurulati­han ini, saya teruja melihat pemain muda Asia dari Malaysia hingga ke China menyertai program kejurulati­han ini.

“Ini komitmen AirAsia untuk merealisas­ikan impian anak muda menjadi kenyataan dan saya sendiri sangat teruja menjadi sebahagian daripada sejarah ini,” katanya.

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia