Harian Metro

Amar Gelisah

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Pelakon, Amar Asyraf mengakui semakin tawar hati, namun masih menyimpan harapan supaya teater Putera La Galigo yang sepatutnya dipentaska­n pada 16 Disember lalu, diteruskan.

Menurutnya, dia ada menerima tawaran lakonan yang lain, namun masih memberikan ruang sekiranya dipanggil semula untuk menjayakan teater itu.

“Sejujurnya, saya sudah rasa tawar hati dengan produksi teater itu. Namun begitu, saya masih juga ingin tahu perkembang­an terbarunya.

“Setakat ini, saya dimaklumka­n bahawa teater Putera La Galigo akan dipentaska­n selepas Aidilfitri, namun belum ada kata putus mengenainy­a.

“Menurut pihak produksi, sudah ada perbincang­an dengan Tuanku Sultan Selangor dan khabarnya, sudah ada skrip baru. Samasama kita nantikan,” kata Amar.

Bagaimanap­un, Amar masih meneruskan kehidupan dan kerjanya sebagai pelakon dengan menerima tawaran lain.

“Ada beberapa tawaran lakonan yang lain ditawarkan kepada saya. Namun, saya perlu pertimbang­kan kerana saya masih memberikan ruang kepada panggilan kalaukalau benar Putera La Galigo akan diteruskan.

“Tapi, saya akan beri masa sehingga Ramadan. Kalau belum ada sebarang kata putus, saya akan berhenti berharap untuk teater berkenaan,” kata Amar.

Ditanya perasaanny­a ketika dimaklumka­n mengenai penundaan teater yang sepatutnya berlangsun­g di Stadium Malawati, Shah Alam itu, Amar mengakui kecewa.

“Saya dah semua yang terbabit sudah memberikan komitmen sepenuhnya dari segi latihan, bukan sahaja bersama pelakon lain, tetapi juga latihan silat dari tenaga pengajar di luar.

“Apabila dimaklumka­n mengenainy­a, saya terdiam dan jadi hilang arah untuk beberapa ketika. Mana tidaknya. Selalunya, harihari saya akan sibuk dengan latihan dan secara tibatiba semua itu dihentikan dan rasa seperti siasia,” katanya.

Terbaru, Amar turut serta sebagai contender dalam program terbaru TV9, Perang Bibir di samping 23 pelakon lain.

“Program ini mempamerka­n sisi lain setiap artis yang terlibat. Ramai yang menyangkak­an bahawa saya adalah seorang yang serius, tetapi sebenarnya ia tidak seperti yang disangka.

“Apa yang boleh saya katakan, Perang Bibir adalah program permainan yang sangat menyeronok­kan dengan pelbagai telatah spontan artis,” katanya.

 ??  ?? Pelakon terkenal (dari kiri) Tom Hiddleston, Brie Larson dan Samuel L Jackson mengambil gambar bersama ketika menghadiri tayangan perdana filem
Kong: Skull Island di London, minggu lalu.
Pelakon terkenal (dari kiri) Tom Hiddleston, Brie Larson dan Samuel L Jackson mengambil gambar bersama ketika menghadiri tayangan perdana filem Kong: Skull Island di London, minggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia