Harian Metro

PUJA BUKAN KERANA PARAS RUPA

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Wajah tampan bintang terkenal Real Madrid, Cristiano Ronaldo sering menjadi igauan peminat wanita, namun itu bukan ukuran buat pelakon

Izara Aishah apabila bercerita mengenai pemain kegemarann­ya.

Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, minat utamanya terhadap Ronaldo bukanlah terletak pada penampilan serta aset muka yang dimiliki tetapi menerusi corak permainan ketika berada di tengah padang.

“Saya tidak mahu minat orang kerana muka. Sama seperti kerjaya saya. Muka yang elok bukan bererti kita boleh terus berada dalam industri.

“Ia bukan satu jaminan tapi bakat dan cara lakonan terbaik menjadi pilihan pengarah atau penerbit.

“Begitu juga pemain bola sepak, mereka harus menunjukka­n kesungguha­n dan kehebatan menerusi corak permainan khususnya teknik tendangan, menggelece­k dan bertahan,” katanya.

Menurut Izara, Ronaldo memiliki kebolehan sebagai pemain yang harus disanjung di seluruh dunia.

“Bagi saya dia penyerang serba boleh dengan keupayaan untuk bermain di setiap posisi.

“Tendangan bolanya juga sangat kuat dan dia antara pemain bola paling laju di dunia,” katanya.

Izara berkata, biarpun tidak pernah menonton bola sepak, dia juga meminati Ronaldo kerana stamina dan tenaga yang ditampilka­n ketika beraksi di tengah padang.

“Dengan teknik dan ‘helah’ yang selalu digunakan, dia mampu menjalanka­n tanggungja­wab hingga menjaringk­an gol.

“Setiap kali bermain, dia bijak mengatur langkah untuk menembusi pertahanan lawan. Kecepatan yang ada memang tidak boleh disaingi oleh lawan,” ujarnya.

Selain corak permainan, Izara juga meminati Ronaldo kerana sikapnya yang baik dan suka dengan kanakkanak.

“Dia melayan peminatnya terutama kanak-kanak di seluruh dunia dengan baik. Dia sangat mesra dan kerana sikap itu, dia diminati dengan begitu mudah,” jelasnya.

Bercerita lanjut mengenai bola sepak, Izara yang kini sibuk dengan rangka promosi filem terbaru lakonannya iaitu

J Revolusi berkata, dia tidak mempunyai pengalaman bermain bola.

“Apabila pulang beraya, saya akan mengganggu adik-adik ketika mereka sedang asyik bermain bola.

“Terbabit dengan lebih aktif dalam sukan ini memang tidak ada. Saya menganggap bola sepak sukan paling besar dan diminati ramai.

“Apabila bersukan, kita sudah mengamalka­n gaya hidup sihat dan boleh menghindar­i diri daripada pelbagai gejala penyakit,” katanya yang membawa watak sebagai Eddie, seorang pegawai

Unit Tindakan Khas

(UTK) dalam filem yang ditayangka­n sejak dua hari lalu.

Katanya, selain bola sepak, dia juga meminati sukan olahraga dan pernah terbabit dalam acara jarak pertengaha­n 400 meter.

 ??  ?? IZARA
IZARA
 ??  ??
 ??  ?? RONALDO
RONALDO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia