Harian Metro

RAHIMAH TERUJA KEBANGKITA­N SKUAD PENYU

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Beraksi dalam Liga Perdana musim ini sedikit pun tidak melemahkan semangat penyokong setia Terengganu, Nor Rahimah Mangshor malah dia yakin pasukan kesayangan­nya itu mampu kembali semula ke Liga Super musim depan berikutan aksi konsisten selepas tujuh perlawanan.

Menurut gadis berusia 29 tahun itu, dalam aksi awal musim ini, pasukan bimbingan Irfan Bakti

Abu Salim itu masih lagi mencari rentak untuk membentuk satu pasukan mantap dan digeruni dalam saingan Liga Perdana walaupun setakat ini sudah mencatat lima kemenangan.

“Pada pandangan saya skuad Terengganu sekarang masih lagi mencari keserasian dan penyudah yang tajam namun saya berpuas hati mereka sudah mencatat kemenangan serta mencipta beberapa peluang menarik untuk menghasilk­an gol,” kata Nor Rahimah.

Jelasnya, musim ini Terengganu sudah memperagak­an taring sebenar dengan mempamerka­n corak permainan pantas dan lebih kemas berbanding musim lalu sekali gus menimbulka­n masalah buat beberapa pasukan yang menjadi mangsa mereka seperti PDRM, Kuantan FA, Kuala Lumpur dan Perlis.

“Bagaimanap­un, mereka tidak boleh berasa leka dan cepat berpuas hati kerana masih lagi ada kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di bahagian serangan kerana peminat mahu melihat skuad kali ini tidak terlalu tumpul ketika melakukan serangan ke kubu lawan.

“Mungkin pemain di bahagian ini masih lagi mencari rentak dan keserasian,” katanya yang berasal dari Kampung

Pulau Musang, Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Nor Rahimah mengakui terpegun dengan aksi mantap yang dipamerkan oleh pemain kelahiran Kelantan, Abdul Latiff Suhaimi setakat ini dalam membantu Sang Penyu melakar kejayaan baik di laman sendiri mahupun di tempat lawan.

“Saya lihat dia antara pemain yang paling menonjol setakat ini kerana kerajinann­ya di tengah padang dan mengemudi bahagian tengah dengan baik. Dia mula menjadi bualan dan disukai oleh peminat Terengganu,” ujarnya.

Ditanya apakah yang diharapkan oleh pasukan kesayangan­nya musim ini, Nor Rahimah mengakui sama seperti peminat lain dia mahu melihat Terengganu yang pernah menjadi kuasa besar satu ketika dulu kembali beraksi di Liga Super musim depan.

“Selain kembali ke kancah Liga Super, kami sebagai peminat setia juga mengingink­an sekurangku­rangnya Terengganu dapat meraih satu trofi musim ini,” kata Nor Rahimah.

 ??  ?? PROFIL
PROFIL
 ??  ?? NAMA: Nor Rahimah Mangshor
UMUR: 29 tahun
ASAL: Kampung
Pulau Musang, Kuala Terengganu ADIK-BERADIK: Anak ketujuh dari 11 beradik PASUKAN DISOKONG: Terengganu
MULA MENYOKONG: Sejak 2011
BUKTI FANATIK: Sanggup korbankan masa, wang ringgit dan kerja memberi sokongan kepada Sang Penyu dari awal hingga akhir musim. BERSAMA bekas pemain import Terengganu, Bogdan Milic.
NAMA: Nor Rahimah Mangshor UMUR: 29 tahun ASAL: Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu ADIK-BERADIK: Anak ketujuh dari 11 beradik PASUKAN DISOKONG: Terengganu MULA MENYOKONG: Sejak 2011 BUKTI FANATIK: Sanggup korbankan masa, wang ringgit dan kerja memberi sokongan kepada Sang Penyu dari awal hingga akhir musim. BERSAMA bekas pemain import Terengganu, Bogdan Milic.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia