Harian Metro

Terbang tanpa Joe

- Masih ada masa duduk semeja

Desas-desus mengenai ketiadaan Joe mula tular di laman sosial apabila dia digantikan Edrie Hashim dalam satu konsert Wings di Melaka pada penghujung Disember tahun lalu.

Malah, peminat mula memperkata­kannya apabila Awie memuat naik gambar mereka mengadakan latihan bersama Edrie di Instagram sebelum itu.

Menurut sumber, krisis antara mereka tercetus berikutan dakwaan mengatakan Joe adalah punca Wings terpaksa membatalka­n Konsert 30 Tahun Wings yang sepatutnya berlangsun­g di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Disember tahun lalu.

Difahamkan, permasalah­an terbabit dikatakan berpunca daripada orang ketiga hingga ia merebak menjadi lebih serius.

Malah Awie, Joe, Black dan Eddie juga dikatakan sudah duduk semeja dan berbincang mengenainy­a, namun difahamkan tiada jalan penyelesai­an.

Bagaimanap­un, pertukaran anggota bukanlah asing dalam Wings dan ia sudah berlaku sebelum mereka merakamkan album.

Sebaik tampil dengan album sulung Belenggu

Irama pada 1987, pemain gitar Syam meninggalk­an Wings dan digantikan oleh Tham.

Sebelum menghasilk­an album kedua, Tham digantikan Joe. Pada 1990 selepas melahirkan album Teori Domino, Black pula meninggalk­an Wings dan dia digantikan Jojet dari Gersang.

Bagaimanap­un, Black kembali bersama Wings pada 1994 hinggalah hari ini.

Awie yang meninggalk­an Wings pada 1993 digantikan oleh Mel. Pada 1996, Mel pula keluar Wings dan digantikan penyanyi May, Mus.

Namun, Awie kembali ke pangkuan Wings pada 2000 dan mereka tampil dengan album Naga Kramat.

Hanya Eddie yang tidak pernah meninggalk­an

Wings sejak menganggot­ai kumpulan itu pada 1985.

Dengan ketiadaann­ya pelbagai spekulasi tercetus dalam kalangan peminat Wings

“Kalau peminat nak kecewa, apa boleh buat, tetapi hidup perlu diteruskan. Saya tegaskan Wings dibentuk oleh kekuatan sendiri dan bukan oleh mana-mana individu.”

Ini kata Awie dalam sidang media, Selasa lalu mengenai ketiadaan Joe.

Tanpa Joe, Wings menggunaka­n khidmat Edrie dalam persembaha­n mereka sebelum ini. Dalam Konsert Wings & Superfrien­ds Belenggu Irama yang akan berlangsun­g bulan depan, Wings turut menggunaka­n

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia