Harian Metro

Pendam impian kembali aktif

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Bagi Ruhil keluarga dan anak lebih penting berbanding perkara lain

Kawan... apa erti sayang Jika hati tak senang Kawan... apa erti kasih Jika kau tersalah pilih

Bait-bait lirik yang penuh bermakna ditambah dengan kelantanga­n vokal Ruhil Amani

Hussin menyampaik­an lagu berjudul Kawan yang dimuatkan dalam album sulung berjudul Di Kamar Sepi pada 1988 ini melonjakka­n namanya kepada peminat.

Usia Ruhil ketika itu baru 13 tahun tetapi namanya sudah dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di Singapura dan juga Brunei.

Selepas berjaya mengecapi populariti dan meletakkan namanya pada kelas tersendiri, Ruhil memilih mendirikan rumah tangga dengan pemuzik Jamil Wilson Abdullah atau Jamie Wilson pada 2003 dan mula memperlaha­nkan aktiviti seninya.

Ruhil, 42, ketika dihubungi mengakui sudah 13 tahun berehat dari bidang seni, namun masih aktif meneruskan minatnya dalam nyanyian.

“Saya masih menyanyi di sana sini, cuma kurang aktif muncul di kaca TV dan media cetak sahaja.

“Saya pernah merancang apabila anak pertama Ruhil Ariana Wilson, 12, masuk darjah satu, saya nak aktif menyanyi semula. Tapi tiba-tiba mengandung anak kedua, Raayan Alexander Wilson, 6, dan kena tangguh lagi impian itu,” katanya.

Menurutnya, faktor suaminya yang sering bekerja di luar negara juga antara punca dia sukar kembali menyanyi.

“Kami anak beranak kerap juga ikut bersamanya. Anak saya belajar di sekolah antarabang­sa jadi bolehlah saya merancang jadual yang sesuai.

“Biasanya kami akan ikut Jamie apabila cuti sekolah. Saya bawa anak bersama untuk dedahkan mereka kepada dunia luar,” katanya.

Tempat pilihan mereka ialah muzium dan yang memaparkan budaya sesuatu negara kerana Ruhil mahukan anaknya melihat budaya luar untuk dipelajari.

Ruhil mengakui tidak terkilan terpaksa memendamka­n impiannya untuk kembali aktif menyanyi. Baginya keluarga dan anak lebih penting berbanding segala-galanya.

“Saya mula menyanyi semuda usia 13 tahun dan dah menempuh pelbagai pengalaman. Apabila berumah tangga keutamaan saya ialah pada anak.

“Kalau tak dapat bagi yang terbaik untuk keluarga, lebih baik jangan kahwin dan ada anak.

Itu yang saya pegang,” katanya.

Ruhil secara jujurnya mengakui minat menyanyi dan rindukan masa lalu, tetapi apabila melihat muka anak, lebih memilih untuk bersama mereka.

“Jamie banyak bekerja di luar, jadi tugas saya untuk bersama anak.

Pada usia sekarangla­h amat sesuai untuk bentuk mereka.

“Anak juga minat seni dan kami habiskan masa bersama ‘jamming’ di rumah. Kadangkala apabila ikut suami, saya akan jamming di luar negara. Muzik adalah sebahagian hidup saya,” katanya.

Ruhil berkata, dia sebenarnya sudah mempunyai 12 lagu yang sudah siap sepenuhnya tetapi belum sempat dikeluarka­n kepada peminat.

“Saya kena fikir dalam-dalam. Kalau keluarkan album, saya kena fikir juga komitmen terhadap peminat.

“Pada masa sama, anak perlu diberikan tumpuan penuh,” katanya yang masih mengikuti perkembang­an dunia seni menerusi media sosial.

 ??  ?? Ruhil bersama suami dan anak di Tembok Besar China. Kalau tak dapat bagi yang terbaik untuk keluarga, lebih baik jangan kahwin dan ada anak. Itu yang saya pegang
Ruhil bersama suami dan anak di Tembok Besar China. Kalau tak dapat bagi yang terbaik untuk keluarga, lebih baik jangan kahwin dan ada anak. Itu yang saya pegang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia