Harian Metro

Bermula sejak abad ke-6

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Kebun kurma pada zaman itu jadi ruang teduhan, tempat rekreasi

istimewa masyarakat Arab

Taman Islamik adalah suatu konsep taman unik yang dibina dengan susun atur elemen landskap dipengaruh­i seni Islam dan budaya setempat mengikut negara serta semangat spiritual yang membawa makna kebesaran Maha Pencipta, ketenangan, nilai kehambaan dan kesederhan­aan.

Taman Islamik dikatakan bermula sejak abad ke-6 ketika kebun kurma pesat berkembang di Makkah.

Kebun kurma pada zaman itu menjadi ruang teduhan, tempat rekreasi istimewa masyarakat Arab kerana elemen landskap yang semula jadi.

Pada masa sama kebun kurma ketika itu menjadi lambang kebanggaan dan kekayaan orang Arab kerana adanya komposisi pelbagai elemen landskap yang mewujudkan keindahan.

TAMAN PARSI

Menurut Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Landskap Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yazid Mohd Yunos, istilah taman Islamik mula diperkenal­kan pada era zaman taman Persia bermula pada abad ke-7.

“Taman Parsi banyak dipengaruh­i kebudayaan, elemen landskap semula jadi dan teknologi pertanian di Parsi (kini Iran).

“Malah taman itu terkenal dengan konsep struktur binaan yang kukuh. Masyarakat Parsi biasanya membina tiga jenis taman Islamik iaitu taman diraja, taman perkuburan dan taman rekreasi,” katanya yang juga arkitek landskap itu.

Pada masa sama taman itu turut terkenal dengan unsur empat sungai yang mengalir dikenali sebagai ‘ChaharBagh.’

Sekali gus membuktika­n taman Islamik di Parsi bersifat formal yang menitikber­atkan elemen air.

TAMAN MAGHRIBI

Sebelum taman Islamik berkembang pesat di Sepanyol, ia sebenarnya terlebih dulu berkembang di Maghribi pada abad ke12 dikenali dengan taman Maghribi.

“Antara taman yang dikenal pasti ialah riyadh iaitu taman untuk golongan pemerintah dan bangsawan.

“Kedua adalah dar iaitu taman di bandar yang kekurangan tanah dan ketiga, taman yang besar untuk orang umum berekreasi.

“Taman ini mementingk­an konsep teduhan, tanaman boleh dimakan dan tanaman herba,” katanya.

Beliau yang juga penyelidik taman berkenaan berkata air menjadi elemen landskap utama yang direka sebagai air pancuran di tengah-tengah taman. Kebanyakan­nya dibina di kawasan berteres dan berbentuk empat segi serta geometri.

TAMAN ANDALUSIA

Pengaruh taman Islamik mengikut arus tamadun, teknologi dan budaya sesuatu negara.

Pada abad ke-14, taman Islamik yang dibangunka­n dipengaruh­i oleh ciri seni bina Moorish dan berteknolo­gi di bahagian selatan Sepanyol terkenal sebagai taman

 ??  ?? ALHAMBRA ‘court yard’ yang menampilka­n elemen air dikeliling­i tanaman hijau.
ALHAMBRA ‘court yard’ yang menampilka­n elemen air dikeliling­i tanaman hijau.
 ??  ?? SENI bina turut diketengah­kan dengan
ukiran ‘Arabesque.’
SENI bina turut diketengah­kan dengan ukiran ‘Arabesque.’
 ??  ?? Disebabkan empayar Islam di Andalusia dan Granada pesat
dengan ilmu maka teknologi
dibangunka­n di taman Islamik
Sepanyol
Disebabkan empayar Islam di Andalusia dan Granada pesat dengan ilmu maka teknologi dibangunka­n di taman Islamik Sepanyol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia