Harian Metro

PERKEMBANG­AN DI EROPAH

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Konsep taman Islamik yang kurang berkembang pada abad ke-20 berjaya menarik perhatian sekumpulan penyelidik­an dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang ditaja Kementeria­n Pendidikan Tinggi.

Inisiatif berkenaan diketuai tiga penyelidik utama iaitu Dr Mohd Yazid Mohd Yunos daripada Fakulti Rekabentuk dan Senibina yang menjalanka­n penyelidik­an dari segi reka bentuk serta seni bina taman Islamik kontempora­ri.

Prof Madya Dr

Faridah Qamaruz Zaman menjalanka­n kajian botani dan alam sekitar dari taman Islamik.

Sementara Prof Madya Dr Samsilah Roslan pula mengkaji kesan nilai terapi dan kesihatan.

Kajian konsep taman Islamik penting kerana ia sangat unik melambangk­an salah satu simbol keagungan sesebuah tamadun Islam pada masa lampau sebagai nilai sejarah.

Perkembang­an taman Islamik di Andalusia sangat memberi pengaruh kepada taman Islamik di Eropah.

Pada abad ke-19, reka bentuk dan seni bina taman Islamik menular ke Eropah dan mempengaru­hi sebahagian karakter reka bentuk taman di sana.

Menariknya perkembang­an Taman Andalusia sejak abad ke-14 diinspiras­i dan dikembangk­an ke bahagian Eropah lain pada abad ke-19.

Bermula pada abad ke20, perkembang­an konsep taman Islamik semakin pudar akibat terkesan dengan pertembung­an zaman modenisasi di Eropah.

Menurut Dr Mohd

Yazid, konsep seni taman Islamik sangat kuat dikaitkan dengan inspirasi daripada syurga yang dikenali sebagai ‘earthly paradise.’

“Pereka taman sejak abad ke-7 hingga ke-14 sangat terinspira­si dengan konsep keindahan dan kecantikan syurga yang tiada tolok bandingan di dunia.

“Mereka cuba menerapkan sebahagian kecil daripada unsur atau elemen syurga seperti air yang mengalir, buahbuahan ranum, suasana ketenangan dan nyaman, beristirah­at serta konsep teduhan nyaman daripada pokok di situ,” katanya.

Secara praktikal, taman Islamik adalah reka bentuk dan seni bina yang sangat harmoni dengan nilai Islam untuk semua pengguna taman di dunia kerana konsep serta nilai Islam itu universal.

“Pada masa sama menitikber­atkan spiritual dan fizikal. Penerapan unsur spiritual itu memberi kesan menaikkan semangat minda dan menarik pancainder­a untuk berinterak­si dengan semua elemen landskap di dalam taman itu.

“Ia bukan saja memberi tumpuan kepada elemen air, tapi juga penerapan nilai ketenangan dan keselesaan yang mendekatka­n seorang hamba kepada Maha Pencipta,” katanya.

 ??  ?? SECARA praktikal, taman Islamik adalah reka bentuk dan seni bina yang sangat harmoni.
SECARA praktikal, taman Islamik adalah reka bentuk dan seni bina yang sangat harmoni.
 ??  ?? KAJIAN konsep taman Islamik penting kerana ia sangat unik
melambangk­an salah satu simbol keagungan sesebuah
tamadun Islam.
KAJIAN konsep taman Islamik penting kerana ia sangat unik melambangk­an salah satu simbol keagungan sesebuah tamadun Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia