Harian Metro

Menghias sudut terpencil

-

Tidak lengkap jika dibiarkan

begitu saja tanpa penataan

Salam deko. Minggu ini saya mulakan dengan tajuk baru selepas hampir sebulan bercerita berkenaan tanaman hiasan pagar atau dinding luar kediaman. Minggu ini saya menyentuh pula berkenaan hiasan di dalam rumah. Sesetengah kediaman mempunyai ruang kecil dan ada kalanya merumitkan anda untuk menghiasny­a terutama sudut kecil atau terpencil. Namun sudut ini jika dibiarkan begitu saja ia nampak tidak lengkap tanpa sebarang penataan. Jadi minggu ini saya ingin berkongsi beberapa tip yang boleh diketengah­kan sebagai panduan menghias sudut tertentu itu.

1. Letakkan rak sudut

Ia boleh dijadikan rak hiasan untuk menyimpan cenderahat­i kecil, barangan permainan atau foto kenangan yang sudah dibingkaik­an.

Seelok-eloknya rak ini mempunyai kemasan pintu kaca supaya setiap perhiasan yang anda susun itu dapat dipamerkan sepenuhnya atau tidak mudah jatuh.

2. Sudut atau ruang bacaan

Ubah sudut atau ruang terbiar itu dengan penataan baru untuk tujuan pembelajar­an dan bacaan.

Ini antara idea yang tepat jika kediaman anda mempunyai jendela pada sudut itu. Ia penting untuk keselesaan ketika belajar atau membaca terutama ketika siang apabila menerima cahaya semula jadi sepenuhnya.

Anda boleh mencipta perpustaka­an mini yang dilengkapi dengan rak saiz atau para sesuai di sudut itu untuk menempatka­n buku atau majalah.

Ketengahka­n juga kerusi atau sofa berlengan untuk keselesaan di sudut itu.

3. Tanaman hiasan Menempatka­n tanaman hiasan hijau di dalam rumah sangat menyegarka­n suasana dengan kitaran udara berkualiti.

Pilih bekas dan sudut sesuai dengan tanaman pilihan juga penting untuk ekosistemn­ya termasuk sumber cahaya semula jadi.

Jangan lupa untuk menambahka­n tirai nipis untuk menapis kemasukan terus cahaya matahari jika tingkap pada sudut itu terlalu terang.

Aspek penyiraman juga perlu diberi perhatian.

 ??  ?? KETENGAHKA­N kreativiti anda biarpun ringkas.
KETENGAHKA­N kreativiti anda biarpun ringkas.
 ??  ?? .MENEMPATKA­N tanaman hiasan sesuai juga berupaya bangkitkan suasana segar dalam rumah.
.MENEMPATKA­N tanaman hiasan sesuai juga berupaya bangkitkan suasana segar dalam rumah.
 ??  ?? SUDUT bacaan juga perlu ditata hias sempurna
SUDUT bacaan juga perlu ditata hias sempurna
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia