Harian Metro

Alas pada bahagian dada

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

sangka ujian yang dihadapi wanita ini pada saat pembantu rumah melarikan diri dan meninggalk­an dua anaknya begitu saja menyimpan hikmah tersembuny­i.

Rentetan kejadian itu dengan tiada duit simpanan, pengasas jenama Mumsluv Aida Fazlin Mohd Mustafa tekad mengambil cuti tanpa gaji bagi memberi sepenuh perhatian kepada anaknya.

Dalam tempoh enam bulan, dia mula memikirkan perkara yang boleh dilakukan bagi membantu meringanka­n bebanan suami yang terpaksa menanggung perbelanja­an seorang diri.

“Oleh kerana masih menyusukan anak sepenuhnya, saya terfikir menghasilk­an pakaian menyusu kerana mendapati tidak banyak pakaian kasual dijual ketika itu,” katanya.

Bermula dengan blaus, dia menghasilk­an beberapa rekaan kemudian dimuat naik menerusi laman sosial. Tidak sangka busana dihasilkan mendapat perhatian kerana sekitar 2012, wanita masih tercaricar­i blaus sedemikian yang boleh digayakan ke pejabat dan acara kasual.

“Selepas enam bulan dipasarkan menerusi alam maya, saya mula berkirakir­a mahu berhenti kerja. Ini kerana permintaan yang tinggi menyebabka­n saya tidak menang tangan melayan tempahan pelanggan. Tambahan pula memikirkan anak terjaga kerana saya dapat melakukan kerja dari rumah,” katanya.

Jelas Aida, rekaan yang sederhana, kemas dan praktikal menyebabka­n busana menyusu turut mendapat perhatian daripada wanita Cina

Busana direka tidak terdedah ketika menyusukan bayi

dan India. Potongan pada bahagian dada dengan meletakkan alas menjadi tanda pengenalan jenama ini.

Ini berbeza dengan baju menyusu berzip hadapan kerana ia kelihatan lebih terdedah ketika menyusukan bayi dan mungkin tidak disukai segelintir wanita.

“Hampir semua busana Mumsluv diletakkan alas pada bahagian dada bagi memudahkan penyusuan. Apabila menyusu ia tidak mendedahka­n bahagian dada dan lebih memudahkan ibu ketika menyusukan bayi di tempat awam,” katanya.

Menerima maklum balas positif pelanggan disebabkan rekaan yang boleh digayakan selepas tidak lagi menyusukan bayi, antara pakaian yang mendapat perhatian ialah blaus, kemeja-T labuh, tunik, baju kurung, gaun dan jubah yang menggunaka­n fabrik kapas, moss crepe dan como crepe.

Menggunaka­n fabrik bercorak dan polos pada helaian busana, jelas Aida, setiap rekaan ada peminat tersendiri.

“Pakaian polos misalnya lebih digemari kerana boleh digayakan ke pejabat manakala bercorak untuk gaya kasual. Apa yang penting wanita boleh menggayaka­nnya dengan palazo, slack atau skirt mengikut kesesuaian,” katanya.

Butik Mumsluv dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

Bagi mereka yang ingin mendapatka­n busana menyusu boleh membeli menerusi Facebook mumsluvexc­lusive atau laman sesawang mumsluv. Harga ditawarkan bermula RM39 sehingga RM100 untuk blaus manakala gaun dan jubah bermula pada harga RM130 hingga RM170.

 ??  ?? GAYA elegan jubah bercorak boleh dipakai ke pejabat atau acara keraian.
GAYA elegan jubah bercorak boleh dipakai ke pejabat atau acara keraian.
 ??  ?? BLAUS menggunaka­n fabrik kapas memberikan keselesaan kepada pemakai.
BLAUS menggunaka­n fabrik kapas memberikan keselesaan kepada pemakai.
 ??  ?? BLAUS menawan boleh dipadankan dengan denim atau palazo.
BLAUS menawan boleh dipadankan dengan denim atau palazo.
 ??  ?? PENAMPILAN ringkas sesuai untuk ibu berkerjaya.
PENAMPILAN ringkas sesuai untuk ibu berkerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia