Harian Metro

Ketengah kesenian Jepun

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Sekali imbas, jelas kelainan yang ingin ditampilka­n jenama ini apabila cuba mengetenga­hkan budaya dan kesenian Jepun dengan mengambil bunga sakura sebagai latar rekaan.

Untuk itu, motif sakura yang menjadi simbolik keindahan negara matahari terbit diterapkan dalam cetakan fabrik yang memberikan keindahan tersendiri.

Koleksi jenama dalam talian Poplook ini bukan saja menerapkan eleman popular dan glamor apabila memasukkan cetakan bunga dan corak abstrak pada busana, tetapi juga diperindah­kan dengan potongan kimono yang menjadikan helaian tampak eksklusif serta mewah.

Fabrik seperti sifon, kapas, moss crepe, como crepe dan satin menjadikan helaian berada dalam kelas tersendiri kerana ia terletak cantik pada tubuh wanita sekali gus menjadikan pemakai kelihatan anggun serta bergaya.

Bagi penggemar fesyen pula, mereka tidak hanya terarah kepada satu gaya sebaliknya boleh memadankan dengan seluar, skirt atau helaian sedondon apabila kebanyakan busana didatangka­n dalam corak eksklusif yang sama.

Rekaan sederhana dan tidak sarat ini digemari wanita moden kerana mereka bebas menggayaka­n ke pejabat atau majlis keraian. Antaranya blaus kimono, blaus ala Saloma serta seluar yang sesuai untuk semua usia. Potongan yang mengikut bentuk badan pula menyerlahk­an keanggunan pemakai.

Koleksi Sakura 2017 menampilka­n rona lembut seperti merah jambu, krim, biru lembut serta warna asas hitam dan putih bagi memberikan kelainan kepada wanita. Hadir dalam ukuran XS sehingga XL, koleksi sakura kini boleh didapati menerusi laman sesawang Poplook.

 ??  ?? 1. HITAM itu menawan.
2. SEDONDON blaus kimono bersama seluar rona serupa sesuai digayakan ke majlis.
3. GAYA ringkas blaus dipadankan seluar untuk acara kasual.
4. BAJU ekor ikan dipadankan dengan seluar boleh dipakai ke pejabat.
5. ANGGUN blaus...
1. HITAM itu menawan. 2. SEDONDON blaus kimono bersama seluar rona serupa sesuai digayakan ke majlis. 3. GAYA ringkas blaus dipadankan seluar untuk acara kasual. 4. BAJU ekor ikan dipadankan dengan seluar boleh dipakai ke pejabat. 5. ANGGUN blaus...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia