Harian Metro

Bantu tutup aurat lebih sempurna

-

Sarung atau kaf lengan yang ketat dan melekap boleh menyebabka­n ketidaksel­esaan apatah lagi dalam cuaca panas. Ada juga yang mengalami masalah gatal, lengan ditumbuhi ruam dan terasa sakit kerana dicengkam ketat selepas beberapa jam memakainya.

Kehadiran sarung lengan yang agak longgar diperbuat daripada material serap peluh membantu wanita menutup aurat dengan lebih sempurna dan selesa.

Menyedari keperluan ini, Zaheyyah Apparel menampilka­n sarung lengan berkualiti dan cantik, yang boleh menambah gaya si manis. Menggunaka­n fabrik lycra dengan reka bentuk tidak ketat atau melekap, sarung lengannya didatangka­n dalam dua pilihan untuk dipakai dengan baju lengan panjang atau pendek.

Koleksi sarung lengan Rock Sox Jannah dihiasi manik kristal, mempunyai tali untuk disarung pada ibu jari, tidak ketat, kembang di bahagian atas dan mempunyai hujung bergetah selesa digayakan pada bilabila masa.

Pelanggan boleh memilih sarung lengan pendek (hingga ke siku) atau panjang (hingga ke pangkal lengan) yang didatangka­n dalam enam koleksi pelbagai saiz (S hingga XXXL). Bahkan Zaheyyah Apparel turut menyediaka­n sarung lengan untuk kanakkanak.

Ia juga menawarkan tiga koleksi sarung kaki Zuyyin yang tahan lasak, tidak mudah koyak atau tercarik, diperbuat menggunaka­n material boleh regang gabungan lycra dan kapas.

Menariknya, sarung kaki ini direka unik kerana bahagian tapaknya menggunaka­n fabrik kapas yang membuatkan ia tidak licin, malah boleh dibawa berenang.

Sarung tangan dan kaki istimewa ini dijual lingkungan harga RM15 hingga RM25 sepasang, yang boleh dibeli daripada stokis. Lawati Facebook Rock Sox dan instagram @rock_sox untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? TAMPIL bergaya dengan sarung lengan Jannah.
TAMPIL bergaya dengan sarung lengan Jannah.
 ??  ?? WARNA sedondon rantai dan gelang untuk mereka yang inginkan kesempurna­an.
WARNA sedondon rantai dan gelang untuk mereka yang inginkan kesempurna­an.
 ??  ?? SARUNG kaki Zuyyin
unik dan tidak licin.
SARUNG kaki Zuyyin unik dan tidak licin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia