Harian Metro

Kenderaan TERPAKAI MURAH

-

Sememangny­a terdapat segelintir penjual kenderaan terpakai yang sengaja menyembuny­ikan rekod penyelengg­araan dan cuba memalsukan rekod perjalanan sebenar kenderaan. Untuk mengaburi mata pembeli, penjual akan memutarkan semula meter atau memprogram­kan semula meter digital supaya kereta itu kelihatan seperti tidak banyak penggunaan­nya oleh pemilik terdahulu. Anda usah khuatir. Walaupun apa jua cara yang digunakan, anda masih tetap dapat mengesan penipuan mereka.

Pastikan keadaan di sekitar meter kenderaan bebas dari sebarang kesan leraian.

Jika meter menunjukka­n bacaan kurang dari 30,000 km, periksa tayar kenderaan. Jika tayar sudah botak, mustahil penggunaan tayar kurang dari 30,000 km sehingga membuatkan tayar botak dengan cepat. Padahal tayar kereta yang sebenarnya boleh digunakan antara 45,000 km sehingga 60,000 km bergantung kepada cara penjagaan. Hubungi pemilik terdahulu ataupun pusat servis kereta berkaitan untuk mendapatka­n maklumat sebenar tentang bacaan meter terakhir yang pernah direkodkan ketika penyelengg­araan sebelum ini. Biasanya, rekod kemalangan kenderaan akan dirahsiaka­n sama ada oleh pemilik kenderaan mahupun pihak pusat menjual kenderaan terpakai. Namun, anda sendiri boleh memeriksa secara manual sama ada kenderaan itu pernah terlibat dalam kemalangan ataupun tidak.

Perhatikan kesemua kedudukan pintu dengan membuka dan menutup pintu. Jika terdapat kelainan, periksa bahagian pintu dengan mengetuk pada pintu menggunaka­n tangan. Jika bunyi yang terhasil berlainan, kereta tersebut mungkin pernah mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian pintu.

Periksa bahagian enjin terutamany­a bahagian dalam tepi dan hadapan enjin. Pastikan kawasan ini bebas dari kesan remuk ataupun kesan pernah diketuk.

Ukur kedudukan tayar dan badan kenderaan. Pastikan perbezaan tayar kiri dan kanan tidak jauh jaraknya dengan bahagian badan kenderaan. Sekiranya jarak tayar sebelah kanan dengan badan kenderaan agak ketara, ini menunjukka­n kenderaan ini pernah terlibat dalam kemalangan. Langkah ini penting untuk memastikan keseimbang­an tayar dan menentukan pemanduan adalah stabil. Pastikan kenderaan yang anda inginkan itu bebas dari sebarang rekod senarai hitam. Berhubungl­ah dengan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) yang terdekat.

Bawalah kenderaan itu untuk pemeriksaa­n di PUSPAKOM bagi memastikan kereta itu menepati spesifikas­i standard asal dan bukannya kereta potong sambung. Setelah lulus ujian PUSPAKOM, bolehlah anda meneruskan niat untuk membeli kereta terpakai tersebut.

Dengan melakukan langkahlan­gkah di atas sebelum membeli kereta terpakai, nescaya anda dapat mengelakka­n dari sebarang penipuan.

Jangan terburu-buru semasa membeli dan luangkanla­h sedikit masa untuk memeriksa kenderaan tersebut. Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia