Harian Metro

www.tipu.com

> Sebelum ini ribuan wanita menjadi mangsa penipuan menggunaka­n taktik ‘Love Scam’ yang didalangi geng Awang Hitam. Geng pendatang dari Afrika itu kini mengubah taktik dengan menggunaka­n laman jual beli dalam talian mudah.my untuk memperdaya­kan mangsa. Se

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Selepas memperdaya ribuan wanita menggunaka­n taktik ‘Love Scam’, kini Awang Hitam menggunaka­n laman jual beli dalam talian mudah.my untuk memperdaya mangsa dengan kerugian dicatatkan lebih RM20 juta sepanjang tahun lalu.

Taktik mereka mudah saja, menyamar sebagai pembeli sama ada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara atau warga asing dan kebanyakan daripada mereka mendakwa dari Kanada.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahka­n pihaknya menerima 4,000 aduan daripada mangsa membabitka­n kerugian RM20 juta sepanjang tahun lalu.

Timbalan Pengarah JSJK(Bahagian Jenayah Siber dan Multimedia) Datuk Kamarudin Md Din berkata, suspek biasanya akan memilih mangsa yang mengiklank­an produk dan barangan mereka untuk dijual melalui laman web sebelum menghubung­i mangsa bagi tempahan.

Menurutnya, suspek menyamar sebagai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara akan berpura-pura berminat membeli barangan dijual mangsa dan menjelaska­n mahu menghadiah­kannya kepada ibu atau adik beradik yang berada di negara ini.

“Sebaik persetujua­n dicapai antara kedua-dua pihak, mangsa akan menerima e-mel kononnya daripada bank luar negara terutama Kanada memaklumka­n bahawa suspek sudah memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya sebagai kos penghantar­an dan pembelian,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanap­un diminta membuat pemindahan sejumlah wang kononnya bagi caj GST serta caj pemindahan wang yang dilakukan suspek.

“Biasanya penipu terbabit akan menghantar e-mel yang disertai arahan daripada pihak bank luar negara. Mangsa biasanya terperdaya berikutan e-mel itu turut dilengkapi kepala surat dan logo bank sebenar.

“Mangsa yang membayar wang seperti diarahkan suspek bagaimanap­un menyedari ditipu apabila wang bayaran dijanjikan sebelum itu tidak masukkan ke akaun bank mereka,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan suspek

Mangsa yang membayar wang seperti diarahkan suspek bagaimanap­un menyedari ditipu apabila wang bayaran dijanjikan sebelum itu tidak masukkan ke akaun bank mereka”

Kamarudin

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia